Sabtu, 8 Januari 2022

AZAM BAKI YANG LOKMAN ADAM

 




Isu Azam Baki: 5 soalan kepada PM

PERKARA berkenaan Azam Baki ini dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Sungai Buloh R. Sivarasa bulan lepas.

Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) berkata telahpun meminta untuk dan berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Azam.

Selepas itu, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawasanya mereka akan menghubungi Azam untuk mendapatkan penjelasan beliau berkenaan perkara ini berdasarkan peruntukan tertentu di dalam Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).

Perdana menteri sebagai individu yang bertanggungjawab ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyatakan:

1) Adakah beliau sedar akan siasatan yang dijalankan oleh LPPR berkenaan perkara-perkara terhadap Azam?

2) Adakah pihak LPPR mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan itu dan sekiranya ada, di bawah peruntukan undang-undang manakah mereka bertindak dan bagaimanakah siasatan itu dijalankan?

3) Adakah pihak LPPR mendapatkan nasihat daripada mana-mana badan berkecuali dan bebas seperti Jabatan Peguam Negara dalam menjalankan dan menangani siasatan dan sekiranya tidak, kenapa?

4) Memandangkan penjelasan yang diberikan ada melibatkan akaun-akaun tertentu,  adakah pandangan pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia diperolehi sebelum keputusan dibuat dalam perkara ini?

5) Memandangkan Azam juga adalah Ketua SPRM, bukanlah lebih baik agar siasatan ini dijalankan oleh pihak berkecuali atau bebas memandangkan LPPR juga adalah sebahagian daripada SPRM?

Perdana menteri tidak boleh kekal berdiam diri di atas isu ini. Sudah terang lagi bersuluh bahawa isu ini sedang hangat diperdebatkan oleh orang awam pada ketika ini. 

Perkara ini kelihatan tidak baik bagi pihak SPRM khususnya apabila Suruhanjaya Sekuriti kini meminta butiran siasatan sejurus sahaja pihak Lembaga mengumumkan hasil siasatan kes ini.

Saya menyeru perdana menteri, sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas SPRM, supaya menyatakan pendirian beliau serta mengembalikan keyakinan terhadap SPRM. 

Beliau harus menunjukkan kesungguhan beliau dalam mempertahankan integriti SPRM dengan bersuara berkenaan perkara ini. – 7 Januari, 2022.

* Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo.


SABRI 114

BUKAN DOLAH

ZZZZZZ

KAH KAH KAH

SABRI 114

SEDANG PERHATI

KAH KAH KAH

LAMA LAMA

PERHATI HINGGA

JADI NGANTUK

KAH KAH KAH

SILAP SILAP

JADI PAK LAH

ZZZZZZZ

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: