Sabtu, 8 Januari 2022

HARI HARI AKHIR SAEKOR AZAM BAKI

 



Lepaskan Azam Baki bukan pendirian kami, kata 6 ahli Lembaga Penasihat SPRM

ENAM ahli Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjauhkan diri daripada tindakan pengerusi yang melepaskan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki daripada sebarang dakwaan salah laku pemilikan saham.

Ahli lembaga itu dalam satu kenyataan berkata mereka tidak berkongsi pandangan Pengerusi Lembaga Penasihat Anti Korupsi SPRM (Acab) Abu Zahar Ujang dalam isu itu.

“Kami dengan terang dan jelas ingin menyatakan yang ahli lembaga pada mesyuarat atau pada bila-bila masa selepas itu tidak meluahkan pandangan seperti yang dipetik daripada Abu Zahar,” katanya dalam kenyataan bersama dikeluarkan hari ini.

Mereka merujuk kepada kenyataan Abu Zahar yang berkata lembaga mendapati Azam Baki tidak melakukan sebarang kesalahan selepas mendengar penjelasannya tentang saham milik adiknya menggunakan akaun transaksi sahamnya. 


Saham itu kemudiannya dipindahkan kepada adiknya, dan kerana itu tidak wujud konflik kepentingan, tambahnya.

Ahli lembaga penasihat itu berkata pandangan yang dikeluarkan pada sidang media Rabu lepas, adalah keseluruhannya pandangan peribadi Abu Zahar.

Mereka berkata sebelum sidang media dibuat, mereka mengadakan perbincangan berasingan dengan Abu Zahar dan mencadangkan supaya isu itu dirujuk kepada jawatankuasa bebas, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk Korupsi atau Panel Aduan SPRM.

Bagaimanapun, pandangan dan cadangan mereka tidak disebut Abu Zahar pada sidang media yang dibuat.

Ahli lembaga penasihat itu juga menambah yang Acab tidak mempunyai kuasa siasatan kerana ia ditubuhkan sebagai lembaga penasihat.

“Kami perlu memberikan penjelasan bagi mempertahankan integriti lembaga dan institusi.”

Azam Baki dilaporkan membeli 2.15 juta saham dalam Excel Force MSC Bhd pada 2015, 1.93 juta saham dalam Gets Global Bhd pada 2015 dan 1.02 juta saham dalam Gets Global pada tahun berikutnya.

Pada Khamis, Suruhanjaya Sekuriti berkata ia akan memanggil Azam Baki untuk mendapatkan keterangan berkaitan transaksi itu.

Azam Baki berkata beliau akan bekerjasama dengan SC dalam siasatan penggunaan akaun perdagangan oleh adiknya.

Kenyataan bersama enam ahli lembaga penasihat itu yang dikeluarkan hari ini ditandangani oleh Ismail bin Omar, Azman bin Ujang, Akhbar bin Satar, Dr. Hamzah bin Kassim, David Chua Kok Tee dan Prof. Dr. Mohammad Agus bin Yusoff. – 8 Januari, 2022.

MANGKUK

AZAM BAKI

AKHIR PECAH

KAH KAH KAH

LEPAS INI SIASAT

PULA 

ABU ZAHAR

AMIN

INI KERANA

DIA CUBA TUTUP

KES AZAM BAKI

ERTINNYA 

ABU ZAHAR JUGA

AZAM BAKI

AMIN

JANGAN BAGI

PELUANG KETIKA

KERASJAAN LEMAH

RAKYAT JADI KUAT

KHALAS

Tiada ulasan: