Rabu, 19 Januari 2022

KILANG TERULUNG DI MALAYSIA



Hairan UPM anugerahkan 400 PhD tahun ini – PKR

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak Kementerian Pengajian Tinggi agar memantau universiti-universiti tempatan yang mengeluarkan begitu banyak graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam setahun.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata, kementerian tersebut juga perlu meneliti kaedah penghasilan PhD.

“Sebelum ini ranking Universiti Malaysia merosot di peringkat antarabangsa yang tentunya meletakkan kepentingan kepada kualiti penyelidikan.

“Saya hairan kenapa Universiti Putra Malaysia (UPM) menganugerahkan hampir 400 PhD tahun ini, walau universiti terbaik dunia hanya kurang 20 penerima,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian selepas meneliti berita Majlis Konvokesyen ke 44 UPM pada 8 hingga 13 Januari lalu terdapat fakta yang perlu diberi pencerahan oleh universiti berkenaan, terutama penganugerahan seramai 398 penerima PhD.

“Saya tertanya-tanya mengapakah begitu ramai yang dianugerahi PhD di UPM sedangkan universiti-universiti di luar negara yang lebih tinggi rankingnya dalam senarai Times Higher Education misalnya, tidak menganugerahkan ijazah PhD sebanyak itu dalam setahun.

“Timbul tanda tanya bagaimanakah pelajar PhD ini dinilai sekiranya seorang pelajar memerlukan seorang profesor sebagai penyelia bagi tujuan memantau, menyemak dan meluluskan tesis yang mereka hasilkan?

“Adakah UPM mempunyai tenaga pengajar sebanyak itu atau mereka diselia oleh pensyarah yang lebih rendah taraf akademiknya?,” katanya.

Beliau berkata, jika dilihat kepada 10 universiti terbaik dunia, graduan PhD yang dihasilkan tidak lebih 20 orang setahun.

“Universiti terulung dunia seperti Universiti Cambridge hanya melahirkan di bawah 10 pelajar PhD setahun dalam lima tahun terakhir ini.

“Adakah PhD yang dihasilkan oleh UPM ini setaraf dengan universiti utama dunia atau mempunyai taraf berlainan?

“Jika PhD yang dihasilkan di bawah standard (substandard) universiti ulung dunia, dan kaedah penyediaan tesisnya lebih mudah maka apakah standard ini diakui dunia akademik di luar Malaysia?” ujarnya lagi.

Shamsul Iskandar berkata, penganugerahan PhD bukan perkara kecil dan seseorang yang memiliki PhD dianggap layak dan kompeten untuk melakukan kerja kerja yang sesuai dengan kepakarannya.

“Sekiranya kualiti PhD itu dikompromi, maka kerja yang dilakukan kelak merisikokan organisasi yang mengupah mereka,” katanya.

Untuk rekod, majlis konvokesyen ke-44 UPM yang diadakan baru-baru ini melibatkan seramai 398 penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), sarjana (1,093 orang), sarjana muda (3,544 orang) dan diploma (660 orang).



WOIT

DATUK SERI SAM

LU PATUT

 BERBANGGA

KAH KAH KAH

INI REKOD DUNIA

KILANG PALING

PRODUKTIF

UNTUK

 BUMIPUTERA

KAH KAH KAH

SAMA MACAM

ANUGERAH

DATUK SERI 

YANG LU PAKAI

KAH KAH KAH

ADA 4,000

DATUK SERI DIJUAL OOPS...SILAP...

DIANUGERAH

SETIAP TAHUN

AMIN

LU PUN DAPAT

DARI MELAKA

KAH KAH KAH

TIAP TAHUN 

MELAKA JUAL ..OPS

 SILAP... MELAKA

ANUGERAH  138

DATUK SERI 

AMIN

DATU SERI

DARI MELAKA

JUGA SATU

 REKOD DUNIA

AMIN

 BAGINDA QUEEN 

HANYA ANUGERAH 

DUA  TITLE SIR

 TAHUN LALU

AMIN

KAH KAH KAH

3 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Rupa nye Inchik Yoda ni dah ketinggalan keretapi. Sekarang ni nak Diploma hanya masok Sek. Vokasional ..ada SPM cokop makan boley dapat Ijazah Sirjana Muda Dengang Kepujiang ..ada Diploma boley bikin Master ..ada BA boley biking PhD ..jadi apa ada hal ..yang pinting bawak duit ..kahkahkah

Ketua Pengarang berkata...

Datuk Seri Hishamuddin Rais.. dianugarah Sultan Melaka.. Sultan Noor Jan

Graduan 1985 berkata...

Sebab PKP konvo universiti tertangguh 3 tahun. Jumlahnya banyak le tahun 2022 ni. Nak lebih lanjut tanya le sendiri ke UPM tu.