Rabu, 9 Mac 2022

AL-FATIAH - YUSOF GAJAH

 



AL-FATIHAH

Artis tersohor

 Yusof Gajah

 meninggal dunia

ARTIS catan Mohd Yusof Ismail yang popular dengan gelaran Yusof Gajah meninggal dunia hari ini, menurut hebahan Persatuan Seni Rupa Malaysia (PeRUPA) di Facebook.

Allahyarham pada 6 Mac mengumumkan beliau positif Covid-19 dalam satu kenyataan di pelantar itu.

Yusof dijadualkan menyertai pameran Asia Art Show yang akan berlangsung pada Ogos.

Beliau dikenali dengan karya naif dan abstrak yang banyak menonjolkan imej gajah. Ilustrasinya banyak disiarkan dalam penerbitan karya kanak-kanak.

Yusof memenangi pelbagai anugerah, antaranya dari Majlis Buku Negara bagi buku bergambar terbair dan juga anugerah Noma Concours (ACCU) bagi ilustrasi terbaik.

Salah satu bukunya yang popular, The Real Elephant diterjemah ke pelbagai bahasa. – 9 Mac, 2022.




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam takziah pada keluarga.

Soalan wajib ditanya, sudah booster ke belum.