Rabu, 9 Mac 2022

BUKAN APRIL FOOL

 



Malaysia masuki fasa ke peralihan endemik, kata PM

PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan bahawa negara akan memasuki Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ serta pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April depan.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor, melakukan penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) serta meneliti syor daripada Menteri Kuartet.

“Penting untuk saya maklumkan, Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ ini merupakan exit strategy untuk membolehkan kita semua kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas hampir dua tahun berperang dengan Covid-19,” katanya dalam sidang media khas di bangunan Parlimen, di Kuala Lumpur hari ini.

Fasa peralihan itu, katanya merupakan fasa sementara sebelum negara beralih ke Fasa Endemik yang tertakluk kepada pengumuman yang hanya boleh dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Malaysia menutup sempadan negara kepada pelancong dan pelawat asing sejak Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa pada 18 Mac 2020 untuk mengekang penularan Covid-19 dalam negara.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata bermula 1 April beberapa prosedur operasi standard (SOP) telah digariskan seperti berikut:

i. Pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam masih wajib dipatuhi oleh setiap individu.

ii. Had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan.

“Pemilik premis dibolehkan melaksanakan waktu operasi premis masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis. 

“Ini bermakna anda semua bolehlah makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam, terutamanya dengan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. Bolehlah bersahur di luar,” katanya.

iii. Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan dan hanya dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan orang ramai.

Namun katanya, MYSJTrace diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetamu dan pengunjung.

iv. Aktiviti solat Jemaah di masjid serta surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal. Bagaimanapun, pelaksanaan dan SOP akhir untuk masjid/surau tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan untuk Rumah Ibadat Selain Islam tertakluk kepada Kementerian Perpaduan Malaysia/Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

v. Keperluan vaksinasi: Had kapasiti pekerja yang sebelum ini bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan. Semua individu dibenarkan merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi mereka.

Beliau berkata jika sebelum ini terdapat had kapasiti 50 peratus untuk aktiviti yang melibatkan perkumpulan ramai, namun dengan pengumuman terbaharu ini, had tersebut dimansuhkan secara menyeluruh.

“Tiada lagi had kapasiti 50 peratus, namun, penjarakan fizikal sangat penting dan masih digalakkan,” katanya.

Perdana Menteri menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli Keluarga Malaysia yang cekal, tabah, kuat semangat dan berdisiplin dalam mematuhi SOP serta menyokong setiap inisiatif kerajaan dalam memerangi Covid-19.

“Tanpa sumbangan Keluarga Malaysia, negara tidak akan boleh beralih ke Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’. Saya juga berterima kasih kepada semua Menteri Kuartet Covid-19 yang diketuai Hishammuddin Hussein atas usaha keras mereka demi memastikan usaha negara untuk ‘Reopening Safely’ (pembukaan semula dengan selamat),” katanya. – Bernama, 8 Mac, 2022

.

SABRI 114

BUKAN BUAT

LAWAK BERDIRI

KAH KAH KAH

TAPI

KAH KAH KAH

SATU APRIL

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH 

AMIN

PENDEMIK

ABIS JADI

ENDEMIK

AMIN

SEMPENA HARI

APRIL FOOL

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

…ke mana saja beliau pergi ‘dilihat’ nampak sambutan.

Sebab itu Bossku kata, ‘’sambutan setakat ini Alhamdulillah dan harap semangat ‘Bossku’ ini dapat diterjemahkan dalam undi kepada BN nanti..itu yang Bossku harap sangat.’’

Terbuktilah dalam BN tak ada lagi orang sepopular Bossku, tak kisahlah, Ahmad Zahid Hamidi atau Tok Mat Hasan..

semuanya tak boleh lawan populariti Bossku.

Zahid dilihat ‘teraba-raba’ manakala Tok Mat pula nampak tak menonjol..

PRN Bangsa Johor semangat Bossku sapu bersih di Johor... insyallah

Nnti Tun akan kata saya akan bertanding sebab nak sekat Bossku jadi PM kali ke 2.

KHALAS