Ahad, 27 Mac 2022

PKR - SEBELUM TERBARAI

 




Saifuddin timbang sertai pemilihan PKR, enggan carik hubungan dalam parti

SAIFUDDIN Nasution Ismail masih menimbang dengan teliti sebelum membuat keputusan menyertai pemilihan PKR yang dijadual berlangsung Mei ini.

Setiausaha Agung PKR berkata, beliau mahu mengelak keretakan dalam parti dan pihaknya sedang mendapatkan pandangan banyak pihak mengenai penyertaannya dalam pemilihan nanti.

“Saya masih dalam proses mendapatkan pandangan rakan, jawatan mana (akan ditandingi)... yang penting ia beri impak besar sumbangan saya kepada parti.

“Tabiat saya satu, keputusan besar mesti dapatkan pandangan setiap lapisan dari atas ke bawah. Masih dalam proses itu, bila sampai masa sesuai saya akan buat keputusan.

“Waktu itu saya terima hakikat perlembagaan parti, hormati proses demokrasi memilih dan apabila kalau akhirnya buat keputusan begitu saya ingin meraikan demokrasi dalam parti, kebebasan memilih anggota, tekad saya adalah saksikan proses pemilihan dan tak carikkan persahabatan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PKR Cabang Lembah Pantai di Kuala Lumpur hari ini.

Saifuddin antara nama yang disebut akan bertanding kerusi timbalan presiden.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu berkata, beliau enggan melihat proses memilih pimpinan parti itu nanti menjejaskan hubungan antara ahli PKR.

“Ini parti terbuka, meraikan demokrasi, bebas pilih atau tak pilih sesiapa, yang penting silaturahim tak putus.

“Betul, saya antara orang yang mengasaskan parti, kekal 20 tahun rasai turun naik parti, bila buat keputusan jawatan yang saya ingin cuba nasib sudah tentu keputusan ambil kira semua, keputusan itu kalau terpilih atau tidak yang penting boleh menyumbang kepada parti,” katanya.

Proses penamaan calon bagi pemilihan PKR tahun ini dijadualkan pada 8 April depan.

“Buat masa sekarang saya masih setiausaha agung sampai habis penggal,” kata bekas menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna sewaktu pentadbiran 22 bulan Pakatan Harapan (PH) itu.

PKR tidak mempunyai timbalan presiden selepas penyandang Mohamed Azmin Ali dilucut keahlian kerana terlibat menumbangkan kerajaan PH pada Februari 2020, dalam gerakan politik dikenali sebagai Langkah Sheraton.

Azmin bersama beberapa ahli Parlimen PKR, termasuk naib presiden ketika itu, Zuraida Kamaruddin bertindak menyertai beberapa ahli Parlimen Bersatu berpakat untuk menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan mengangkat Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Bekas ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang mengumumkan kembali aktif dalam politik pada 15 Mac turut mengisytiharkan hasrat bertanding jawatan timbalan presiden PKR.

Rafizi dilantik sebagai naib presiden PKR selepas tewas kepada Azmin dalam saingan merebut jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti pada 2018.

Antara nama lain yang dikatakan merebut jawatan itu dalam pemilihan kali ini adalah bekas Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador.

Farhash bagaimanapun dilaporkan sedia menarik diri jika Saifuddin sah bertanding jawatan itu. – 27 Mac, 2022.


SEBELUM 

TERBARAI

PKR BOLEH

TANGGUH 

PEMILIHAN

AMIN

BUAT LEPAS 

PRU15

AMIN

PROJEK SEKAARNG

KUATKAN PARTI 

UNTUK PRU15

AMIN

JIKA MUSTAHIL

TANGGUH

BERSEDIA 

UTK BERGADUH

KEMUDIAN

TERBARAI

AMIN

KEMUDIAN

WAL TAMATTUN

ILL KUNTUM

HABISSOOON

KAH KAH KAH

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

elok la pun parti jubor ni barai..

Tanpa Nama berkata...

Jangan tangguh pemilihan PKR! Jangan tangguh pergolakan dalaman PKR! Kalau akan gaduh, biarlah gaduh. Kalau akan terbarai, biarlah terbarai. Buat apa tangguh? BUat apa nak PKR terus tipu rakyat, kacau rakyat? lebih awal PKR terbarai, lebih selamat Malaysia!

Tanpa Nama berkata...

Selepas AI kuar penjara dia sepatutnya trus keluar negara dan berada disana sekurang2nya 2 tahun tanpa melibatkan diri dgn politik negara. Habis tempoh tu balik mesia dan rakyat akan sambut meriah tanpa kekangangan sebarang isu. Apa yg rafizi buat menjauhkan diri dari politik adalah tindakan yg betul.