Ahad, 13 Mac 2022

SEBELUM MASUK JIL

 



Segerakan PRU15, kata Zahid

KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) di Johor bukti pilihan raya umum perlu disegerakan, kata pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi.

Mandat besar yang diberikan rakyat kepada BN di Johor petunjuk rakyat mahukan perubahan yang lebih baik untuk negara, tambahnya.

“Maka, kemenangan besar ini jelas menunjukkan pilihan raya umum perlu disegerakan agar benar-benar mencerminkan mandat rakyat sebenar,” katanya dalam satu kenyataan.

BN menang 40 daripada 56 kerusi di DUN Johor, mengatasi Pakatan Harapan yang menang 12 kerusi sementara Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin menang 3 kerusi.


Muda yang menyertai pilihan raya untuk kali pertama menang satu kerusi.

Penganalisis menyifatkan kemenangan BN di Johor meningkatkan lagi tekanan terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk segera membubarkan Parlimen.

Ismail Sabri hari ini bagaimanapun memberi bayangan beliau memerlukan sedikit masa lagi untuk membuat keputusan itu.

“Banyak lagi perkara yang perlu dilihat. Setiap keputusan akan dibincangkan dalam parti. Tidak boleh ada satu kumpulan kecil yang mahukan PRU, maka kita buat. Ini (PRU) perkara besar, kena dibincangkan.

“Selain itu, ada prosedurnya. Saya kena menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan, dan kalau diperkenankan maka bolehlah (pilihan raya) diadakan. Jadi tunggu masa yang sesuai,” katanya, seperti dipetik Bernama.

Sementara itu, menurut Ahmad Zahid, BN menang besar di Johor, sama seperti sebelumnya di Melaka, kerana rakyat sudah sedar kesilapan mereka mengangkat PH jadi kerajaan dalam pilihan raya umum lalu.

Pada PRN Melaka November 2021, BN menang 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

“Rakyat sudah mulai sedar bahawa hanya BN yang boleh mentadbir negara lebih baik berdasarkan pengalaman dan rekod BN,” katanya.

Presiden Umno bagaimanapun mengakui BN tidak sempurna tetapi lebih baik kalau dibandingkan dengan pembangkang.

“Walaupun BN bukanlah sempurna 100 peratus akan tetapi berbanding blok dan parti lain yang berpecah belah, tidak bersatu, tidak ada dasar yang jelas, BN mampu menawarkan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

Beliau mendakwa pemimpin PH merosakkan diri sendiri selepas 22 bulan jadi kerajaan, dan kerosakan itu sukar untuk mereka pulihkan.

Menurut Ahmad Zahid, rakyat memilih BN kerana mahukan kestabilan dan bukannya politik fitnah dan memburukkan lawan.

“Politik sebegini ternyata ditolak rakyat,” katanya, sambil menyebut politik amal dan politik bakti sebagai kekuatan BN.

Beliau bagaimanapun mengingatkan BN dan penyokongnya agar tidak terbuai dengan kemenangannya. – 13 Mac, 2022.

KLUSTER 

MAHKAMAH

SEDANG BUAT

HURU HARA

AMIN

DILUAR PARTI

DENGAN PRN

AMIN

DALAM PARTI 

BERI TEKANAN

PADA SABRI

UNTUK PRU15

AMIN

INI HANYA CARA

UNTUK LEPAS

DARI MASUK JIL

AMIN

NAJIB MAHU 

PRU15 SEBELUM

KE SUNGAI BULUH

AMIN

ZAHID MAHU

PRU15 SEBELUM

JATUH HUKUM

AMIN

KITA WAJIB 

SOKONG SABRI

UNTUK TERUS

BERTAHAN HINGGA

SEMUA PENCURI

DI REHATKAN

KHALAS

1 ulasan:

hamim berkata...

Banga betul mat laun ni, seolah olah parti mat laun je yang pandai memerintah, dia lupa kerana mat laun bersekongkol dengan mat lanun dan mat walaun menyebabkan mat sembab dan mat semburit termakan hasutan hingga jatuhnya kerajaan yang diberi amanah dan mandat oleh pengundi,tapi apa sudahnya....kerajaan yang diterajui oleh mat sembab yang bersekongkol dengan parti mat laun, mat lanun dan mat walaun pun tersungkur...hingga mat telur penyu dapat naik jadi peneraju .....tapi tetap tidak aman...kini mat laun mendesak untuk PRU....mat laun lupa mat covid masih menganas....mintak mintak yang gila kuasa ni dibaham oleh mat covid yang ganas...