Ahad, 13 Mac 2022

TAHNIAH MUDA

 



Muda catat kemenangan sulung di Puteri Wangsa, kata Syed Saddiq

MUDA menunjukkan prestasi baik dalam penampilan pertamanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Presiden Syed Saddiq Syed Abdul Rahman malam ini ketika parti itu menawan kerusi Puteri Wangsa.

Walaupun ia merupakan parti baharu, beliau berkata parti itu menunjukkan prestasi baik dan tidak kehilangan deposit di kerusi yang tewas.

“Muda beraksi dengan baik dan tidak kehilangan sebarang deposit.

“Ia bukan mudah, lebih-lebih lagi apabila Muda terpaksa menggunakan logo sendiri yang masih belum diketahui,” katanya pada sidang media di Le Grandeur Palm Resort di Johor.

Muda bertanding di tujuh kerusi – Puteri Wangsa, Larkin, Parit Raja, Bukit Kepong, Machap, Tenang dan Bukit Permai.

Ahli Parlimen Muar itu berkata walaupun mereka yang kalah di kerusi yang mereka tandingi, mereka akan terus bekerja di lapangan.

“Muda akan terus bekerja di lapangan dan terus menjadi pembangkang yang berkesan untuk mengekalkan semak dan imbang.”

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Amira Aisya yang bertanding di Puteri Wangsa.

Menurut keputusan tidak rasmi, beliau telah memenangi kerusi itu.

“Bukan mudah untuk bertanding di Puteri Wangsa, kerana orang tidak tahu logo itu. Tetapi dengan bantuan akar umbi kami berjaya mendapat kepercayaan rakyat,” katanya.

“Ini adalah permulaan kepada perkhidmatan saya di Puteri Wangsa, saya menaruh harapan besar untuk membangunkan kawasan itu bersama rakyat.”

Setiausaha Agung Muda itu berkata beliau berbangga dengan parti itu memandangkan kerusi yang mereka tandingi bukan mudah.

“Walaupun kami baharu dan menampilkan muka baharu, kami memberikan perlawanan yang baik.

“Terdapat banyak perkara yang perlu dianalisis selepas pilihan raya, ia akan dikongsi dalam masa terdekat.” – 12 Mac, 2022.

TAHNIAH

KEJAYAAN

CEMERLANG

AMIN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Parti musuh ketat bro isham terbarai...apa agaknya komen nuar brahim...ni mesti salah tukar tiub ...hahhahhaha

Tanpa Nama berkata...

Congrats,MUDA! Gwa nasehat MUDA agar Sering baca blog TT, terutama Komen Komen pembaca, untuk pedoman