Isnin, 25 April 2022

NAJIB BUAT HELAH LAGI

 


Mahkamah Persekutuan beri Najib lanjutan masa fail rayuan kes SRC

MAHKAMAH Persekutuan hari ini memberi Najib Razak masa tambahan selewat-lewatnya hari ini untuk memfailkan petisyen rayuan terhadap sabitan dan hukuman ke atas bekas perdana menteri itu dalam kes rasuah RM42 juta dana SRC International.

Najib memfailkan permohonan lanjutan masa pada 11 April.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul dipetik Malaysiakini berkata panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim sebulat suara membenarkan permohonan tersebut.

Najib yang juga bekas menteri kewangan memohon lanjutan masa selewat-lewatnya hingga hari ini untuk memfailkan petisyen rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atasnya kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC.

Mahkamah Rayuan pada 7 Disember lalu menolak permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu bagi rayuannya. 

Kemudian pada 8 Disember, juga tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mensabit dan menjatuhkan hukuman terhadap Najib, yang dijatuhkan pada 28 Julai 2020. 

Pada 11 April, Najib memohon lanjutan masa selewat-lewatnya hingga hari ini untuk memfailkan petisyen rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Berdasarkan afidavit sokongan yang diperoleh media , Najib berkata alasan penghakiman yang disediakan oleh hakim-hakim Mahkamah Rayuan mengandungi 176 jilid keseluruhannya dan pihak pembelaan menerimanya pada 31 Mac lepas. – 25 April, 2022.    
 

BOSAN BOSAN

BOSAN

AMIN

ORANG RAMAI

DAH LAMA TUNGGU

NAK TENGOK

NAJIB MASUK JIL

AMIN

SELAMATKAN

MALAYSIA HANTAR

NAJIB SEKARANG

KE PENJARA

KHALAS

2 ulasan:

ToraTora berkata...

nak sumbat najib dlm jel kena slow slow...ingat mael cuma ada 114 , 114 tu bukan semua mr clean, kalau rasa tak selamat 114 akan melompat....kalau nak malaysia jadi suci murni tak cukup penjara sg buluh woo....

Tanpa Nama berkata...

masa ada kuasa sibuk lepaskan member2 dari penjara ... tak tersontot baru ingat jibby masih bebas.. bebal.. kah kah kah