Sabtu, 28 Mei 2022

HALALKAN

 

51 PATI ditahan imigresen dalam serbuan di Meru

KLANG – Seramai 708 warga asing diperiksa oleh anggota Jabatan Imigresen (JIM) dalam serbuan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Jalan Pasar Baru, Meru, Klang, malam semalam.

Daripada jumlah itu, 51 orang PATI dari beberapa negara jiran ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen membabitkan 23 warga Bangladesh, Indonesia (2), Myanmar (14), India (8).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, baki 637 PATI yang diperiksa adalah pemegang kad perlindungan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Jelas Hamzah, serbuan yang bermula kira-kira jam 8.30 malam itu juga dilakukan bagi mencari baki 60 pelarian Rohingya yang merusuh di Kem Sungai Bakap, Pulau Pinang pada 20 April lalu.

Tambahnya, serbuan sedemikian di seluruh negara akan terus dilakukan sehingga baki migran yang lolos dari kem tersebut dijumpai.

“Sesiapa sahaja yang didapati melindungi mereka (pelarian) itu, kita akan tahan individu itu kerana sedang melakukan kesalahan”

“Untuk operasi ini, kita akan tahan dahulu dan buat siasatan di Depoh Tahanan Imigresen Semenyih” kata Hamzah ketika ditemui selepas operasi serbuan PATI di Jalan Pasar Baru, di sini, semalam.

Operasi serbuan tersebut melibatkan seramai 272 kekuatan warga JIM dari ibu pejabat jabatan itu, cawangan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, dan Melaka.

Usaha itu juga dikuatkan lagi dengan bantuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Angkatan Pertahanan Awam (APM), dan juga Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM).

Menurut beliau, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 ATIPSOM. 


 MALAYSIA

KURANG BURUH

AMIN

MEREKA DAH

SAMPAI NAK

CARI KERJA

AMIN

LANGKAH BIJAK

HALALKAN STATUS

MEREKA

AMIN

MEREKA DATANG

CARI MAKAN

AMIN

MEREKA BUKAN

DARI NIGERIA

YANG AKAN BUAT

KACAU

AMIN

ATAU DARI

CHINA MERAH

YANG  AKAN

UBAH DEMOGRAPI

TANAH MELAYU

JADI MACAM

SINGAPURA

AMIN

1 ulasan:

cikminah berkata...

Nak galalak berkapal-kapal Rohingya datang ke Malaysia ke....?
Persoalannya, adakah semua pendatang itu nak kerja di ladang-ladang Sawit...???
Mereka itu semuanya datang nak meniaga di Pasar Borong Selayang dan Meru atau sabit rumput di kawasan-kawasan perumahan atau buat perniagaan sendiri, pungut sampah di tempat buangan sampah. Tak caya, bagilah mereka kerja di ladang-ladang sawit, tak sampi seminggu dah cabut lari, menghilangkan diri dengan kad UNHCR. Don't deliute yourself thinking mereka sanggup buat kerja berat di ladang-ladang sawit....😝