Sabtu, 28 Mei 2022

ROSMAH KENA TINGGAL

 



Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Rosmah batal bicara kes rasuah

MAHKAMAH Persekutuan hari ini menolak rayuan Rosmah Mansor untuk membatalkan perbircaraan kes rasuah berkait projek solar hibrid untuk sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak, lapor media.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Hakim Mohd Zawawi Salleh sebulat suara menolak permohonan Rosmah. 

Ini bermakna keputusan bagi kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan tetap disampaikan pada 7 Julai seperti yang dijadualkan, sama ada beliau akan dibebas atau disabitkan atas pertuduhan rasuah.

Rayuan isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu untuk membatalkan perbicaraan kes rasuahnya sebelum ini ditolak Mahkamah Rayuan pada 6 Disember tahun lalu.

Rosmah dituduh meminta suapan RM187.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin sebagai dorongan bagi membantu mendapatkan projek solar bernilai RM1.25 bilion menerusi rundingan terus dengan Kementerian Pendidikan.

Beliau juga didakwa menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi antara 2016 dan 2017. – 27 Mei, 2022.     


INI PROJEK

AMAT BIJAK

AMIN

UNTUK NAJIB

DIBEBASKAN

OLEH AGUNG

PERLU ADA KORBAN

AMIN

JELAS YG JADI

KORBAN PASTILAH

ROSMAH & ZAHID

AMIN

KALAU SEMUA

PENCURRI BEBAS

RAKYAT MARAH

NAIK DARAH

AMIN

RAKYAT 

AKAN JADIKAN

MALAYSIA NEGARA

REPUBLIK

AMIN

INI NAMANYA

MENGOLAH

PERSETUJUAN 

ORANG RAMAI

AMIN

INI PROJEK CUN

CANTIK BEEST

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Omputih kata mesti ada fall guy. Oleh sbb mael bera marah cakap omputih fall guy mesti tukar kpd orang jatuh.