Sabtu, 7 Mei 2022

PERANG DI HARI RAYA

 



135 kemalangan maut, 141 kematian lapan hari Op Selamat

KUALA LUMPUR – Sebanyak 135 kemalangan maut melibatkan 141 kematian direkodkan dalam tempoh lapan hari penguatkuasaan Op Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022 sejak dilancarkan 29 April lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata, sepanjang tempoh tersebut sebanyak 12,985 kemalangan dilaporkan di seluruh negara.

“Statistik kemalangan Op Selamat 18 pada kali ini menunjukkan peningkatan berbanding Op Selamat 15 yang dikuatkuasakan pada tahun 2019 yang mana telah merekodkan sebanyak 12,500 kes kemalangan disusuli 128 kemalangan maut dan sebanyak 136 kematian.

“Penunggang dan pembonceng motosikal menyumbang angka kematian tertinggi iaitu 88 kes,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette, hari ini.

Tambah beliau, kematian membabitkan kereta adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 38 kes pada Op Selamat 18 dengan 1,496 kes kemalangan berbanding 34 kes kematian semasa Op Selamat 15 pada 2019.

Daripada angka tersebut, jelasnya, Selangor mencatatkan kes kemalangan tertinggi dengan 292 kes diikuti Johor (200 kes) dan Perak (163) manakala Perlis merekodkan angka kemalangan terendah iaitu sembilan kes.

Sementara itu, Razarudin memberitahu, sebanyak 257,808 saman telah dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan pada Op Selamat 18

Katanya, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 69,553 saman atau 52 peratus saman yang dikeluarkan pada Op Selamat 15 sebanyak 170,167 saman.

“Jumlah saman yang dikeluarkan untuk enam kesalahan utama ialah kesalahan memandu melebihi had laju yang ditetapkan iaitu sebanyak 185,761 saman, kesalahan melanggar lampu isyarat membabitkan 3,122 saman, memotong barisan (2,431 saman), menggunakan alat komunikasi (1,533 saman), memotong di garisan berkembar (965 saman) dan memandu di lorong kecemasan (633 saman),” katanya. 

KITA RAYA

ENJOI MAKAN

LEMANG

KAH KAH KAH

DEPA NI

ASIK PERANG

DI JALAN RAYA

KHALAS

JUMLAH

SAMA RAMAI

DENGAN YANG

MATI

DI UKRAINE

KAH KAH KAH

KERJA BETUL KE

KERJA BODOH

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: