Selasa, 28 Jun 2022

ZAHID PULAK PERCAH LUBANG



Zahid beritahu Ahli Parlimen Masjid Tanah, Jeli seleweng dana UMNO\

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Perdana Menteri, i Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat lima Ahli Parlimen UMNO yang melompat parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyeleweng jutaan dana parti itu.

Pendedahan itu dibuat semasa prosiding pembelaan kes rasuah Yayasan Akalbudi yang sedang dihadapinya ketika ini.


Ahmad Zahid mendakwa, beliau bukan sahaja mempunyai pengetahuan sebaliknya ada bukti tentang penyewelengan dana UMNO yang telah diamanahkan kepada beberapa pemimpin yang bertanding di kerusi Parlimen mewakili UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU).

Bagaimanapun dakwa Presiden UMNO itu, pemimpin-pemimpin tersebut – yang sudah menang pada PRU-14 atas tiket UMNO bertindak melompat ke Bersatu yang diasaskan oleh Tun Mahathir Mohammad selepas PRU 2018 kerana mengetahui mereka akan disiasat kerana menyeleweng.

Kedua-dua pemimpin itu yang di sebut oleh Ahmad Zahid di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah ialah Ahli Parlimen Masjid Tanah dan Ahli Parlimen Jeli.


Walaupun Ahmad Zahid tidak menyebut nama mereka, namun difahamkan kedua-dua mereka ketika ini yang sudah menyertai Bersatu kini bergelar Menteri dan Timbalan Menteri.

Setakat prosiding berlangsung, hanya dua bekas pemimpin UMNO itu disebut beliau walaupun sudah memberi bayangan ada tiga Ahli Parlimen lain didakwa menyeweleng dana parti itu pada PRU lepas.

“Tiga Ahli Parlimen UMNO bertindak melompat sertai PPBM. Ketiga-tiga mereka ini mempunyai beberapa kes yang saya difahamkam mahu disiasat oleh SPRM.

“Atas ketakutan itu mereka mahu selamatkan diri dengan menyertai sertai PPBM. Orang pertama melompat ialah Ahli Parlimen Masjid Tanah, kini sudah menjadi Timbalan Menteri. Beliau telah diberikan amanah untuk mengendalikan dana pilihan raya Puteri UMNO Malaysia ketika musim PRU-14.

“Bagaimanapun wang itu tidak digunakan untuk tujuan tersebut sebaliknya dana itu telah di keluarkan dari tabung Puteri UMNO kemudian dimasukkan ke dalam akaun-akaun untuk tujuan lain.

“Kedua yang melompat ialah Ahli Parlimen Jeli. Beliau juga telah dipilih parti untuk menjadi Pengerusi Pilihan Raya UMNO Kelantan dan diberikan dana logistik. Dana itu sepatutnya digunakan untuk tujuan membawa semua pengundi Kelantan yang tinggal atau bermausatin di luar negeri terutamanya Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun saya dimaklumkan lebih RM30 juta tidak dibelanjakan untuk tujuan itu,” katanya hari ini ketika pemeriksaan utama oleh peguam bela, Hamidi Mohd Noh sebentar tadi.

Bagaimanapun sebelum Ahmad Zahid menyambung keterangannya, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran bangkit membantah keterangan itu yang disifatkan sebagai ‘hearsay’ sahaja, melainkan yang disebut itu dipanggil menjadi saksi.

Namun Ahmad Zahid mendakwa, beliau bukan sahaja mempunyai pengetahuan peribadi sebaliknya juga ada bukti bagi menyokong dakwaan-dakwaan itu.

Hakim Sequerah menolak bantahan pendakwaan dan membenarkan Ahmad Zahid menyambung keterangan itu.

Prosiding akan bersambung selepas tangguh makan tengah hari.

Terdahulu, sebelum pendedahan itu, Ahmad Zahid mendakwa dirinya telah diajak melompat parti malah menggunakan kuasanya untuk membubarkan UMNO oleh Mahathir  namun di tolak.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berdepan dengan 47 pertuduhan melibatkan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik yayasan yang diasaskan olehnya.

Bekas menteri itu telah diperintah membela diri atas semua pertuduhan itu pada 24 Januari selepas mahkamah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya. -

KINI MASA ZAHID

UNTUK PECAH

LUBANG  

TOROWONG 

KAH KAH KAH

 SEMUA TAIK 

AKAN KELUAR

KAH KAH KAH

AMIN

ZAHID KATA

TAKAN AKU

SORANG KENA

YANG LAIN 

KAKI REMBAT 

PATUT KENA SAMA

KAH KAH KAH

WOIT

SPRM WAJIB

MULAKAN SIASATAN

APA LAGI TUNGGU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: