Selasa, 27 September 2022

ALAAAA MAK ADA RAYUAN


Pendakwaan fail rayuan terhadap pembebasan Zahid kes rasuah VLN


Pendakwaan hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan menerima rasuah membabitkan sistem visa luar negara (VLN).

Peguam Negara Idrus Harun, ketika dihubungi melalui WhatsApp, mengesahkan perkara itu.

“Ya, pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Zahid petang ini,” katanya.

Pada 23 September lepas, hakim Mahkamah Tinggi Mohd Yazid Mustafa membebaskan Zahid, 69, yang juga presiden Umno, selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

Dalam penghakimannya, Yazid berkata tiga saksi utama pendakwaan tidak boleh dipercayai.

Beliau juga berkata mereka memberi keterangan bahawa wang telah dimasukkan ke dalam sampul berwarna coklat pada setiap kali penghantaran namun pendakwaan tidak mengemukakan sebarang sampul sebagai bukti.

“Tiada bukti dikemukakan untuk menunjukkan saiz sampul yang digunakan. Saya tidak boleh bayangkan sampul surat apa dan saiznya yang boleh memuatkan wang tunai sebanyak S$600,000 bersamaan kira-kira RM1.6 juta pada masa yang material,” katanya.

Zahid didakwa atas 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah S$13.56 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) untuk dirinya sebagai menteri dalam negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan sistem VLN serta mengekalkan perjanjian kontraknya dengan Kementerian Dalam Negeri bagi pembekalan sistem bersepadu VLN.

Bagi tujuh pertuduhan lagi, ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa memperoleh untuk dirinya wang tunai S$1,150,000, RM3.125 juta, 15,000 Swiss Franc and AS$15,000 daripada syarikat sama yang diketahui mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau.

Beliau didakwa melakukan kesemua kesalahan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya serta Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.  

WOIT

DAH BEBAS

ADA RAYUAN

KAH KAH KAH

INI BERAT

AMAT BERAT

KAH KAH KAH

APA PUNYA TUUUR

RAZAK BAGINDA

KES BUNUH

TAKDA RAYUAN

AMIN

INI KES DUIT

DALAM SAMPUL 

SURAT ADA

RAYUAN PULAK

 AMIN 

TAPI TAKPA

 ZAHID YAKIN DGN MAHKAMAH 

KAH  KAH KAH 

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini semua main wayang kulit ala UK oops Ulu Kelanten kah kah kah, kalau team sama buat rayuan sampai mana pun sama jugak, tapi kalau rayu mungkin dapat envelope coklat lagi kah kah kah, semua dapat, ini cara pau pau komidi, kalau setakat mintak biasa dia susah bagi, pau kacau kacau dia bagi supaya Selamat Sejahtera Amin kah kah kah sorry sorry ailap alamat adoi kah kah jangan lupa sampu surat berwarna coklat beli yang besar takut tak muat kata yang Arif Hakim Hakim pandai belaka kah kah buat lawak satu dunia terkentut amin