Isnin, 26 September 2022

NAJIB DARI KAJANG ?

 



Najib kembali ke Mahkamah Tinggi, sambung bicara kes 1MDB

BEKAS perdana menteri yang dipenjarakan Najib Razak kembali ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas seminggu perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) terhenti.

Najib nampak tenang waktu sampai di kompleks mahkamah pukul 8.45 pagi ini sambil diiringi pengawal Penjara Kajang, tempat beliau jalani hukuman penjara 12 tahun.

Minggu lepas, Hakim Collin Lawrence Sequerah telah menangguhkan perbicaraan kes 1MDB Najib selepas tertuduh dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pada Jumaat, Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) memberi lampu hijau kepada Najib untuk kembali ke penjara.

Menurut HRC, pakar perunding yang berkaitan juga mengadakan sidang keluarga bersama Najib dan ahli keluarga terdekat, dengan mereka telah dimaklumkan situasi terkini keadaan kesihatan serta pelan pemantauan kesihatan bekas perdana menteri itu.

“Hasil pemeriksaan terkini yang telah dilakukan terhadap beliau oleh Pakar Perubatan Rehabilitasi HRC mendapati tahap kesihatan beliau kini berada dalam keadaan yang baik.

“Beliau juga telah diberikan tunjuk ajar oleh Jurupulih Perubatan Fisioterapi HRC dan boleh menjalankan latihan teknik senaman secara kendiri,” kata HRC.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata Najib dipindahkan ke HRC kerana memerlukan fisioterapi.

Minggu lepas, media sosial heboh dengan dakwaan Najib telah diberi layanan istimewa selepas dihantar ke HRC.

Jabatan Penjara mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan Najib dihantar ke HRC.

Kenyataan itu dibuat tiga hari selepas dakwaan tersebar di media sosial yang seorang yang dipanggil “Merpati” sedang menerima layanan istimewa di penjara.

Kenyataan Jabatan Penjara itu bagaimanapun tidak menjawab beberapa dakwaan media sosial, termasuk cadangan pengubahsuaian syarat penjara untuk Najib.

Jabatan Penjara memaklumkan Najib dihantar ke HKL untuk rawatan, yang seterusnya merujuk beliau ke HRC, mengikut Seksyen 37 Akta Penjara serta piawaian minimum layanan kepada banduan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). – 26 September, 2022.

NAJIB NASIB

BAIK 

KAH KAH KAH

KES MAHKAMAH

MASIH RAMAI

KAH KAH KAH

DAPAT SELALU

KELUAR DARI

BILIK SEL

KAH KAH KAH

DAPAT NENGOK

MUKA SUAMI

KAH KAH KAH

KALAU TIDAK

KENA BERCAKAP

DENGAN LANTAI

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cirit birit dah ok, dah settle berak semua, dah clear nasi kangkang kangkung semua, patut jadi tenang sejahtera lah kah kah kah adoi hai bila nak ampun? Kes berjalan ini pun nak ampun sekali atau tidak woit kah kah kah hebat belaka panglima Bugis, masuk penjara terus cirit birit kah kah

panglimo potaseh berkata...

Bila lu kato Najib ni merpati ..teringat gwa kover album "Pink Floyd" gambar babi terbang ..sebijik cam Si Sakau Najib terbang.