Sabtu, 15 Oktober 2022

AL-FATIHAH - HATI BAIK SEORANG KAWAN


Remaja lelaki ditemukan lemas selepas selamatkan rakan

SEORANG remaja lelaki maut selepas berjaya menyelamatkan rakannya yang hampir lemas ketika mandi di Air Terjun Serendah, hari ini.

Mangsa, K. Rajeshwaran, 19, ditemukan anggota bomba dan penyelamat menggunakan kaedah selaman dasar pada 2.55 petang tadi selepas dipercayai tenggelam di dasar air terjun itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.20 tengah hari daripada rakan mangsa sebelum lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi kira-kira 40 minit kemudian. 

Beliau berkata dalam kejadian itu, mangsa dan dua rakannya yang berasal dari Bestari Jaya mandi di air terjun berkenaan sebelum seorang daripada mereka hampir lemas.

“Mangsa kemudian cuba menyelamatkan rakannya dan berjaya berbuat demikian, namun nasib tidak menyebelahinya apabila dia tenggelam ke dasar air terjun itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya ketika kejadian, terdapat arus deras susulan hujan lebat. – Bernama, 14 Oktober, 2022.


AL- FATIHAH

AMIN

HATI  BAIK

SEORANG KAWAN

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini kawan terbaik sanggup bergadai nyawa demi selamat kawan, dah tak ramai orang begitu, bila Najib kena semua makan duit dia dulu senyap senyap sahaja, tak ada demo, tak ada berjuang, buat buat sibuk lupa takut kalau kena sama kah kah kah