Sabtu, 15 Oktober 2022

NEGERI PAKATAN SATU SUARA



Selangor tetap tidak bubar DUN – Amirudin

SUNGAI BESAR – Kerajaan Selangor tetap dengan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan pilihan raya umum secara serentak dengan Kerajaan Persekutuan.

Menteri Besarnya, Amirudin Shari berkata, beliau sudah memaklumkan keputusan itu kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH).

“Setakat ini keputusan kita tetap, saya dah maklumkan kepada banyak pihak kepada kepimpinan tertinggi dan kita percaya masih lagi teruskan pelan kita dan tidak ada perubahan,” katanya yang menjawab pertanyaan mengenai langkah Selangor yang  masih lagi belum membubarkan DUN.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas Majlis Jelajah Selangor Penyayang di sini, hari ini.

Ditanya mengenai kenyataan Istana Selangor yang mendakwa beliau tidak membuat permintaan pembubaran DUN kepada Sultan Selangor, Amirudin berkata, tidak ada yang rahsia mahupun tipu helah yang dipersembahkan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung perkara itu.

Amirudin berkata, beliau tetap dengan kenyataan yang dikeluarkan pada 11 Oktober lepas untuk tidak membubarkan DUN demi menjaga kepentingan rakyat.

“Saya tak pasti dengan laporan media dan sebagainya, seolah-olah ada gambaran Selangor sahaja mengambil keputusan berbeza tidak sealiran.

“Tetapi itulah perkara yang telah kita bincangkan, telah lama dan kita telah maklumkan kepada semua dan Tuanku juga mengambil maklum.

“Bermakna itu dalam keputusan saya dan kerajaan negeri yang berada pada jajaran dan urusannya mengikut kepada Perlembagaan Persekutuan

“Jadi, saya percaya itu perkara yang ditimbulkan supaya tidak timbul desas desus Tuanku menolak atau kita dah tawarkan ataupun ada perbincangan lain dan sebagainya.

“Saya rasa penjelasan Tuanku tu menjelaskan balik dengan lebih terang apa yang telah telah berlaku pada pertemuan tersebut,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan Sultan Sharafuddin menitahkan kerajaan negeri supaya menyegerakan projek berkepentingan rakyat seperti tebatan banjir dan pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam sebelum pembubaran DUN dilakukan.

Amirudin berkata, susulan itu kerajaan negeri mengekalkan keputusan tidak membubarkan DUN susulan pembubaran Parlimen. 

NEGERI PAKATAN

SEBULAT SUARA

SATU KATA

SATU CARA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: