Isnin, 31 Oktober 2022

AWAS. !! XBB ANAK OMICRON SAMPAI


Malaysia berdepan 

gelombang kecil Covid 

akibat varian XBB

Malaysia sedang berdepan gelombang kecil peningkatan kes Covid-19 susulan penemuan subvarian Omicron XBB di negara ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata berdasarkan data harian, bilangan kes baru Covid-19 meningkat sebanyak 16.5%, iaitu dari 14,525 kes pada minggu epidemiologi (ME) 42 kepada 16,917 kes pada ME 43 (23 hingga 29 Okt).

Khairy berkata jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan (hospital awam) bagi setiap 100,00 penduduk juga menunjukkan peningkatan sebanyak 14.3% pada ME 43 berbanding ME 42.

“Kita mengesyaki yang mendorong trend kenaikan ini ialah subvarian XBB yang jadi punca gelombang di Singapura yang telah ambil masa tiga hingga empat minggu untuk menurun.

"Barangkali kita juga berdepan dengan jangkitan varian XBB dengan empat kes telah dikesan sehingga 27 Oktober lepas,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.


OMICRON

DAH BERANAK

AMIN

KITA WAJIB

TERUA IKUT

C.U.S

CARA UNTUK

SELAMAT

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nampak gaya anak cucu sudah datang kembali, nak berkuasa kena layan anak cucu jugak kit kah kah kah awal Salam mukimin kum Kam kam

Tanpa Nama berkata...

Negara2 lain dah clean,😁 Malaysia je yg x abis2 nk promote vaksin 😅😅