Isnin, 31 Oktober 2022

MUDA. BAWA POLITIK BARU



Pengerusi MUDA Perak mohon maaf


IPOH – Pengerusi MUDA Perak, Mutalib Uthman memohon maaf kerana mengumumkan dirinya akan bertanding di kerusi Parlimen Tapah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mutalib berkata, permohonan maaf itu merupakan tanda bahawa seseorang mempunyai sifat berani.

Mengaku kesalahan juga kata beliau, adalah satu langkah penting untuk berjaya.

Dalam penjelasan terbaharu, pengasas dan penaja bersama parti MUDA itu berkata, selepas berbincang dan berunding dengan semua, pihak Parlimen Tapah akan ditandingi oleh calon PKR.

Tambah Mutalib, beliau akan bertanding dan akan diberikan kerusi luar bandar dan kerusi milik menteri selaras perjuangan parti itu untuk PRU15 iaitu ‘MUDA lawan menteri’.

“Justeru, saya memohon maaf di atas segala kekhilafan yang telah berlaku. Mengaku salah dan mohon maaf, petanda jiwa yang berani.

“Berani mengubah kesalahan ke arah kebaikan adalah langkah awal menuju kejayaan. Ayuh kita fokus memenangkan PH dan MUDA,” katanya dalam kenyataan.

Mutalib bagaimanapun tidak menyatakan kerusi yang bakal ditandinginya nanti.

Terdahulu Mutalib membuat kejutan dengan mengumumkan dirinya akan bertanding di Parlimen Tapah.

Menurut beliau keputusan itu dibuat hasil rundingan kerjasama politik di antara MUDA dan Pakatan Harapan (PH).

Keputusan itu juga dibuat susulan kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengenai status kerusi Parlimen Tapah dan Sungai Siput di Perak serta Sembrong di Johor.

“Untuk rekod, Parlimen Tapah merupakan kerusi luar bandar dan adalah kubu kuat Barisan Nasional yang kini disandang oleh Menteri Sumber Manusia, M Saravanan.

“Untuk menyahut seruan, perjuangan ‘MUDA melawan Menteri’ sebagaimana di kerusi-kerusi lain yang ditandingi MUDA, saya, dengan rendah diri akan menjadi calon di Parlimen Tapah ini,” katanya.

Bagaimanapun tidak lama selepas beliau membuat kenyataan, Ketua Penerangan MUDA Luqman Long menafikan parti itu meletakkan calon di Parlimen Tapah.

Luqman menegaskan kerusi tersebut milik PH dan pihaknya komited untuk mengelakkan sebarang pertembungan dengan gabungan itu.

“Berkenaan kerusi Parlimen Tapah, MUDA ingin menyatakan bahawa kerusi itu milik PH, bukan MUDA.

“Komitmen MUDA-PH juga adalah untuk mengelakkan sebaran pertindihan kerusi antara Muda-PH.

“Sebarang kenyataan yang bercanggah dengan komitmen MUDA-PH ini adalah bukan kenyataan rasmi,” kata Luqman.-

SYABAS MUDA

BAWA POLITIK

BARU

AMIN

AMAT JARANG

POLITIKUS

MINTA MAAF

AMIN

POLITIKUS MUDA

BERANI MINTA

MAAF BUKAN

SALAHKAN MEDIA

SALAH LAPOR

AMIN

INI TANDA BAIK

UNTUK NEGARA

AMIN

KAHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Keh! Keh! Keh!
Memang amat jarang politikus yg mampu minta maaf. Tapi ramai yg mampu angkat diri sendiri dengan mengatakan dia berani sebab minta maaf.
Tak perlu masuk bakul dan angkat sendiri kalau betul-betul mohon maaf.

Tanpa Nama berkata...

Ha bagus bagus ini cara betul dalam politik, cepat minta maaf, kasi settle, baru maju ke depan, bukan tambah bohong tutup kesalahan macam puak perompak, kah kah kah syabas Muda bagus wa puji sama ku lah, ini kali lah semua Abdul Bagus masuk pimpinan negara amin

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan isyam... Sama dengan president muda Pon kena curi 250k Kat rumah Pon dia tak mintak maaf... Tapi mintak dibicarakan...
Kah 65x