Khamis, 27 Oktober 2022

BAIK UNTUK PAKATAN



Anak Nik Aziz

 bertanding lagi,

 kini bersama PKR

Anak kepada bekas menteri besar Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Aziz akan bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) di bawah tiket PKR.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim pada sidang media berhubung “calon bertaraf tokoh” meliputi pelbagai bidang yang bakal diketengahkan PKR.

Bagaimanapun, Anwar tidak menjelaskan secara terperinci kerusi sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen yang bakal ditawarkan kepada anak bekas mursyidul am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.

Pada PRU14, Nik Omar yang mewakili PH tewas dalam pertembungan tiga penjuru antara BN dan PAS di kerusi DUN Chempaka selepas hanya memperoleh 2,418 undi.

Ketika ditanya sama ada beliau sudah meninggalkan Amanah untuk menyertai PKR, Nik Omar bagaimanapun hanya jawab secara berkias.

"Yang penting kita dalam satu PH.

“Keberadaan di sini untuk komitmen tentang konsisten untuk bawa kerajaan yang berpaksi kepada keadilan," katanya.

Selain Nik Omar, enam lagi calon yang dikemukakan PKR terdiri daripada mantan pegawai kanan perkhidmatan awam dan ahli akademik serta golongan muda iaitu Zainal Azman Abu Seman,  Hassan Basri Awang Mat Dahan, Nor Aishah Mydin Abdul Aziz, Saipol Yazan Yusop, Juftri Joha dan Fathin Amelina Fazlie.

Mereka akan bertanding di Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Perlis.

Menurut Anwar, pengumuman rasmi calon PKR akan diumumkan pada Jumaat ini.

INI LANGKAH

BIJAK

AMIN

PAKATAN PERLU

DAPATKAN

SEBANYAK MUNGKIN

UNDI MELAYU

AMIN

TANPA UNDI

MELAYU PAKATAN

AKAN  KANTOI

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah ekau dah basuh pipit bilo koncing. Den bukan taksub mat nuar. Apo yg salah tetap salah apo yg bonar tetap bonar. Den pun kritik dio tapi tak pernah nganjing. Nganjing tu tabiat anjing. Mengato dan nganjing mcm orang hitam tu berdoso. Kritik membino tak apo2. Selamat maju jaya.