Khamis, 27 Oktober 2022

 

PPS kembali dibuka di Alor Gajah, tempatkan 36 mangsa banjir


SEBUAH pusat pemindahan sementara (PPS) kembali dibuka di Alor Gajah berikutan banjir melanda beberapa kawasan hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah Lt (PA) Mohd Ridhwan Latip berkata 36 mangsa daripada sembilan keluarga dipindahkan ke PPS Balai Raya Kampung Tanjong Rimau Luar di Alor Gajah selepas kediaman mereka dinaiki air kira-kira 0.5 meter berikutan hujan lebat awal pagi tadi.

“PPS berkenaan dibuka pada 9.45 pagi tadi, menempatkan mangsa daripada Kampung Tanjong Rimau, Kampung Gadek, Kampung Nelayan Kuala Linggi, Kampung Sungai Siput dan Pengkalan.

“Hujan lebat awal pagi tadi menyebabkan sungai berdekatan kediaman penduduk melimpah sekali gus menyebabkan banjir,” katanya dalam  kenyataan hari ini.

Semalam, dua PPS menempatkan mangsa banjir di daerah itu iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal dan Balai Raya Gadek ditutup kira-kira pukul 12.30 tengah hari, selepas kesemua 36 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan banjir sejak beberapa hari lepas. – Bernama, 27 Oktober, 2022.

KEMPEN MULA

BANJIR PUN MULA

AMIN

INILAH NIAT

GEROMBOLAN

BUAT PRU 

SEKARANG

AMIN

NIAT DAN CITA

NAK SEKSA

RAKYAT

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: