Isnin, 3 Oktober 2022

ZAHID GANTI MAIL BLUUR




Zahid mahu buktikan beliau bos Umno, kata pemerhati

TINDAKAN drastik Umno terhadap tiga pemimpin baru-baru ini menunjukkan parti itu tidak membenarkan kritikan dan mahu setiap orang menuruti keputusan parti, kata pemerhati.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight presiden parti Ahmad Zahid Hamidi terpaksa bertindak sedemikian bagi membuktikan beliau bukan seorang pemimpin yang lemah dan tidak takut untuk mengambil tindakan terhadap ahli parti yang menentang.

Pada Jumaat lalu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata parti itu bersetuju memecat Zaharin Mohd Yassin - seorang veteran Umno kerana serangan berterusannya terhadap Zahid melalui Facebook dan Twitter.

Zaharin dikenali sebagai pengkritik tegar Zahid dan pernah muncul dalam beberapa forum anjuran pemimpin Pakatan Harapan.

Sementara itu, Umno juga menggantung ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman dan Ketua Umno Bahagian Alor Setar Mohd Yusof Ismail.

Tajuddin seorang ahli Parlimen yang berkhidmat selama tiga penggal selain menjadi ahli majlis tertinggi Umno. Beliau sebelum ini menuduh Zahid bersekongkol dengan Anwar Ibrahim untuk menjadikan ahli Parlimen Port Dickson itu sebagai perdana menteri.

Tajuddin juga gemar Umno bekerjasama dengan Bersatu daripada bertanding secara solo pada pilihan raya.

Bagi Yusof, tidak jelas kenapa Umno memutuskan untuk menggantung keahliannya.

Prof Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, tindakan Zahid itu menjadi bukti setiap ahli termasuk pemimpin mesti mematuhi apa yang diputuskan oleh parti.

Beliau berkata, sekiranya Zahid tidak bertindak, parti itu mungkin menerima kritikan lebih teruk lagi dari dalaman.

“Beliau perlu melakukannya untuk memastikan parti itu utuh. Kritikan terbuka, terutama daripada pemimpin parti yang tidak akan berjaya dalam pemilihan sudah tiba.

“Sebagai presiden, beliau berpendirian tegas setiap orang perlu mengikut keputusan parti. Ini sama seperti PAS apabila memecat Khairuddin Aman Razali. Parti lain seperti DAP dan PKR juga melakukan perkara yang sama,” katanya.

Mesej kepada Ismail Sabri

Prof Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM) mencerminkan sentimen Awang Azman, mengatakan Zahid kini berasa lebih yakin selepas pembuktian kes mahkamahnya.

Beliau menambah dengan berbuat demikian, Zahid juga mempromosikan dirinya beliau berada pada landasan yang baik untuk menjadi perdana menteri akan datang.

“Beliau mempunyai keyakinan sekarang dan memberitahu parti untuk tidak bermain-main dengannya. Sebagai presiden, beliau sepatutnya menjadi PM tetapi kes mahkamah menghalangnya. Dengan satu kes dimenanginya dan satu lagi perlu dihadapinya, beliau bersedia meletakkan dirinya sebagai bakal PM.

“Ini menjadi mesej kepada semua Zahid dan bukannya Ismail Sabri Yaakob, yang bertanggungjawab dalam hal ehwal parti. Mereka yang ingkar arahan parti mungkin berakhir seperti Tajuddin atau Zaharin,” tegasnya.

Sementara itu, Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berpendapat Zahid meminta semua ahli parti untuk terus setia kepada parti tanpa mengira keputusan yang dibuat oleh pimpinan tertingginya.

Jelasnya, pemecatan itu juga merupakan mesej halus kepada Ismail Sabri beliau mesti menggesa Parlimen dibubarkan walau apa pun kosnya.

“Mereka mahu ahli setia dan tidak mengkritik pemimpin secara terbuka. Ini amaran kepada semua Umno tidak akan berkompromi.

“Saya rasa ia juga ditujukan kepada Ismail Sabri secara tidak langsung beliau mesti membubarkan Parlimen tahun ini. Walau apa cara sekalipun,” katanya.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata pada Jumaat Malaysia akan mengadakan pilihan raya sebaik sahaja perdana menteri bertemu Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Terdahulu, The Malaysian Insight melaporkan pembubaran Parlimen dijangka berlangsung pada pertengahan Oktober dengan pilihan raya berkemungkinan pada November.

Mesyuarat Parlimen berikutnya bermula pada Isnin dan berlangsung hingga 29 November, dengan Bajet 2023 akan dibentangkan pada Jumaat. Bagaimanapun, Parlimen dijangka akan dibubarkan seawal 12 Oktober. – 3 Oktober, 2022.

WOIT

ZAHID MEMANG

TEPAT JADI BOS

AMIN

ZAHID TAK BLUR

MACAM MAIL

AMIN

ZAHID WAJIB

DIANGKAT JADI

PERDANA MENTERI

AMIN

ANTARA ZAHID

DENGAN MAIL

ORANG RAMAI

MELIHAT ZAHID

ADALAH CALON

PM YG TERBAIK

AMIN

MAIL SABRI

HANYA DUDUK

MEMANAS  KERUSI

AMIN

TAPI KALAU

MAIL BERANI

PENJARAKAN ZAHID

MAKA MAIL AKAN

DI LIHAT WIRA

AGONG

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: