Selasa, 15 November 2022

BANJIR SUDAH SAMPAI


Hampir 3,000 mangsa banjir berlindung di 28 PPS di 6 negeri


SERAMAI 2,984 mangsa banjir di enam negeri masih berlindung di 28 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pagi ini.

Di SELANGOR, laman web InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat semula kepada 163 mangsa daripada 46 keluarga pagi ini berbanding 126 mangsa membabitkan 36 keluarga, malam tadi.

Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sireh; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeram dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chih Batang Berjuntai.

DI MELAKA, seramai 66 orang daripada 21 keluarga berada di tiga PPS setakat 8 pagi ini berbanding 51 orang daripada 16 keluarga, pada 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan PPS di pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Kesidang menempatkan sembilan mangsa dari tiga keluarga dari Melaka Tengah.

PPS Balai Raya Kampung Gadek dan Dewan Japerun Durian Tunggal pula masing-masing menempatkan seramai 12 mangsa daripada enam keluarga serta 45 mangsa daripada 12 keluarga.

Di KELANTAN, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan jumlah mangsa banjir kekal seperti malam tadi iaitu 2,124 orang daripada 713 keluarga setakat 9 pagi ini dan ditempatkan di lapan PPS di Pasir Mas.

Sementara itu, mengikut laporan https://publicinfobanjir.water.gov.my/, Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas merekodkan bacaan melepasi paras bahaya dengan bacaan 9.13 meter namun dalam trend menurun berbanding 9.34 meter, malam tadi.

Di KEDAH, seramai 61 penduduk dari daerah Kulim dan Baling dipindahkan ke dua PPS ekoran banjir kilat yang berlaku selepas hujan lebat selama dua jam, malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim Kpt (PA) Amirul Aliff Ahmaf berkata seramai 42 mangsa daripada 11 keluarga dipindahkan ke PPS Masjid Sungai Seluang manakala 19 mangsa daripada tujuh keluarga dipindahkan ke PPS Surau Ittifaqih dalam daerah Baling yang dibuka pada 7.30 malam tadi.

Dalam pada itu, laman web rasmi Public InfoBanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan Sungai Padang Terap di Kampung Kubu, Padang Terap telah mencatatkan bacaan 13.14 meter dan melebihi tahap bahaya (13.02m) dengan trend menaik setakat 8 pagi ini.

Di JOHOR, empat daerah masih terjejas dengan banjir kilat iaitu Tangkak, Kluang, Segamat dan Pontian, yang menyaksikan peningkatan mangsa kepada 335 orang setakat 8 pagi ini berbanding 318 orang, malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa yang terdiri daripada 85 keluarga itu ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara dan cuaca di beberapa daerah turut dilaporkan mendung termasuk Muar, Johor Bahru dan Kluang.

Di PERAK, seramai 235 mangsa banjir masih berada di enam PPS di seluruh negeri sejak pagi tadi, dengan terdapat dua PPS baharu dibuka di Perak Tengah selepas daerah itu dilanda banjir akibat limpahan air Sungai Perak.

PPS baharu itu ialah melibatkan Surau Nurul Jannah Kampung Parit Enam Layang-Layang Kiri dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Tiga, Parit. – Bernama, 15 November, 2022.

WOIT

INI MENGUNDI

DALAM BANJIR

AMIN

INI YG DIMINTA

OLEH ZAHID

AMIN

ZAHID HARAP

PENGUNDI TAK

RAMAI TURUN

AMIN

BILA TAK RAMAI

BN MENANG BESAR

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak kekal kuasa boleh buat apa saja tak begitu ? Kah kah kah tak apa apa biasa sudah faham nak ubah kena ubah mentaliti orang majoriti, nak buat penyamun jadi Bossku peduli apa apa pun, tak kisah akhirnya mereka jugak akan susah, telur tak ada, kah kah kah nak tunggu bantuan setiap hari pun boleh kah kah kah padan muka bagi penyamun jadi Bossku amin