Selasa, 15 November 2022

HALANG TIM BANDUAN KEMBALI BERKUASA



Pengundi Putrajaya bimbang kerajaan ‘kluster mahkamah’ ditubuhkan selepas PRU15


Kurang seminggu tempoh kempen bagi calon-calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), segelintir pengundi di Putrajaya berasa bimbang sekiranya kerajaan yang dibentuk selepas 19 November bakal diketuai oleh gabungan yang terdiri daripada pemimpin "kluster mahkamah."

Ini kerana, pengundi di bandar penjawat awam itu tidak lagi mahu menjadi mangsa akibat kerakusan pemimpin yang menyalahgunakan dana wang rakyat seperti yang berlaku dalam kes 1MDB melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak yang kini menjalani hukuman 12 tahun penjara.

Seorang kakitangan kerajaan yang ditemui di perkarangan luar sebuah bangunan kementerian menahan sebak menceritakan kisahnya dipanggil untuk memberikan keterangan ringkas kepada pihak berkuasa berhubung salah guna kuasa pemimpin atasan.

Lebih menyedihkan, apabila dia menjadi tempat luahan perasaan pegawai atasan yang perlu ulang alik ke mahkamah menjadi salah seorang saksi bagi perbicaraan kes-kes pemimpin “kluster mahkamah”.

"Saya hanya dipanggil soal siasat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya sekali dan selesai kemukakan dokumen diperlukan.

"Tetapi pegawai atasan saya ada yang turun naik mahkamah, gambarnya diletakkan dalam surat khabar dalam media di internet.

"Seolah-olah kami ini yang salah sedangkan kami penjawat awam yang bekerja untuk jaga negara.

"Saya merayu kepada pengundi Putrajaya, janganlah ulang lagi peristiwa lalu. Kita tak boleh jadi mangsa sekali lagi," katanya kepada MalaysiaNow dengan syarat tidak dinamakan.

Sebelum ini, beberapa pegawai tinggi dan kakitangan kerajaan terutamanya dari Kementerian Kewangan dipanggil ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam perbicaraan membabitkan Najib yang dituduh melakukan kesalahan terhadap RM2.28 bilion dana milik syarikat pelaburan 1MDB.

Kira-kira lebih 40 saksi dipanggil bagi memberikan keterangan sepanjang perbicaraan tersebut.

Tinjauan MalaysiaNow ke wilayah pentadbiran negara itu mendapati suasana kempen yang sangat unik dan berbeza berbanding kawasan lain di seluruh negara.

Calon-calon yang bertanding lazimnya mendekati pengundi di merata tempat seperti di pasar, kedai kopi, pusat membeli belah ataupun di taman perumahan.

Bagaimanapun, suasana di Putrajaya pula menyaksikan aktiviti berkempen sangat aktif dalam waktu bekerja.

Calon-calon akan menemui pengundi di kompleks kementerian selain melawat pusat komuniti setempat seperti surau, dewan serbaguna dan majlis perkahwinan.

Pada pilihan raya kali ini, kerusi P125 Putrajaya melakar sejarah dengan merekodkan pencalonan terbanyak sejak 18 tahun lalu.

Mereka ialah penyandang kerusi, selama empat penggal, Tengku Adnan Tengku Mansor (BN), Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin (PN), bekas pensyarah Noraishah Mydin Abdul Aziz (PH) Mohd Rosli Ramli (Pejuang) dan dua calon bebas.

Dalam pada itu, sekumpulan pengundi di awal usia 30-an ketika ditemui di bazar jualan berdekatan Kementerian Komunikasi dan Multimedia berkata naratif faktor memilih calon pada PRU15 kali ini ini sudah berubah tidak seperti yang digunakan pada PRU14 lalu.

Kata mereka, sebelum ini manifesto menjadi sebab utama untuk membuang undi.

Bagaimanapun, pengundi-pengundi Putrajaya melihat kepada faktor siapakah calon perdana menteri yang dinamakan oleh setiap gabungan politik.  

"Sekarang dah tersebar gosip kata satu undi untuk Ku Nan seperti satu undi untuk Zahid Hamidi jadi PM.

"Kami takut kalau gosip tu betul," kata mereka kepada MalaysiaNow.

Ini kerana, mereka tidak mahu lagi nama kakitangan awam terjejas akibat kes rasuah.

"Kalau Pakatan Harapan pula kami takut banyak pula yang kena pecat lagi-lagi KSU.

"Kami nak kerajaan yang lindung pekerjanya bukan ajak bergaduh," kata mereka merujuk kepada kenyataan pemimpin Bersatu Mohamed Azmin Ali bahawa selepas pembentukan kerajaan pada 2018, PH bertindak mahu menukarkan lapan orang ketua setiausaha (KSU) kementerian.

Kira-kira seramai lebih 42,000 pengundi di Putrajaya akan membuang undi pada Sabtu ini, satu kali ganda jumlah pengundi berbanding PRU14 dengan jumlah pengundi sekitar 23,000 orang. 

I

AGENDA

HALANG PENCURI

KEMBALI 

BERKUASA

WAJIB JADI

AGENDA INDUK

BUKAN AGENDA

GILA

NAK JADI PM

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak halang Team Banduan tak susah....yang susahnya ialah pilihan yang ada mahu tak mahu akan melibatkan PAS. Telan mati emak, luah mati bapak. Lol

Tanpa Nama berkata...

Se elok2 nya bagi pejuang menang kt putrajaya atok yg buat itu town