Rabu, 9 November 2022

KHAIRY BAKAL PERDANA MENTERI


Saya nak jadi PM satu hari nanti, kata Khairy


KHAIRY Jamaluddin berhasrat untuk memimpin Umno dan jadi perdana menteri jika pengundi di Parlimen Sungai Buloh memastikan kemenangannya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kalau orang Sungai Buloh menangkan saya, Sungai Buloh bukan hadnya. Saya bawa orang Sungai Buloh, satu hari nanti, kita pimpin Malaysia… Insya-Allah.

“Dengan takdir Allah, dengan sokongan daripada rakan, satu hari nanti, saya mahu memimpin Umno.

“Satu hari nanti, saya mahu menjadi perdana menteri anda untuk membangunkan negara ini, tapi saya mesti menang di sini dulu,” kata calon Barisan Nasional (BN) itu semasa ceramah di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh malam tadi.

Tetapi hasratnya itu bukanlah sekarang kata Khairy, kerana BN telah pun mencalonkan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri kesepuluh jika gabungan itu menang pilihan raya 19 November ini.

“Sekarang ini kita menang, kekanda saya  Ismail Sabri Yaakob jadi perdana menteri Malaysia. Saya baru 46 tahun, boleh tunggu lagi, tapi jangan lama sangatlah. Saya bersedia tapi saya kena buktikan di Sungai Buloh ini dulu.

“Kalau orang Sungai Buloh sokong saya, saya boleh maklumkan kepada orang parti, saya datang ke kandang naga dengan majoriti 26,000, menang untuk kerusi BN.

“Saya mahu memimpin parti dan saya mahu menerajui negara,” jelasnya.

Umno akan mengadakan pemilihan parti enam bulan selepas PRU15. Pada pemilihan 2018, Khairy kalah kepada Ahmad Zahid Hamidi bagi jawatan presiden.

Pada pilihan raya kali ini, Khairy melepaskan kerusi Parlimen Rembau yang disandangnya selama tiga penggal kepada Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

Beliau dicalonkan di Sungai Buloh, yang merupakan kubu kuat Pakatan Harapan.

Khairy akan berdepan calon PKR R Ramanan dalam pertembungan tujuh penjuru. Calon lain yang akan bertanding adalah Mohd Ghazali Md Hamin (Perikatan Nasional), Mohd Akmal Mohd Yusof (Gerakan Tanah Air) dan Ahmad Jufliz Faiza (Parti Rakyat Malaysia) serta dua lagi calon bebas Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff dan Nurhaslinda Basri. – 9 November, 2022.   

MENANTU ABAH

NAK JADI PM

KAH KAH KAH

CAKAP AWAL

AWAL

KAH KAH KAH

SENANG NAK

SOKONG DAN

SENANG NAK

DI PANCUNG

KAH KAH KAH

KITA ADA

MUSA ITAM

KU LI

ANWAR IBRAHIM

SEMUA NAK

JADI PM

KAH KAH KAH

KITA TUNGGU

DAN LIHAT

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: