Ahad, 6 November 2022

SATU MUSUH ZAHID TERLEPAS


Undi saya bukan makna sokong Zahid, kata Khairy


CALON Barisan Nasional (BN) di Sungai Buloh Khairy Jamaluddin hari ini menolak cadangan mengatakan pengundi yang mengundinya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermakna mereka menyokong Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.

“Satu undi untuk KJ (Khairy) di Sungai Buloh hanya bermakna satu undi untuk KJ di sini,” katanya yang juga menteri kesihatan selepas proses penamaan calon di kompleks pejabat daerah Petaling pagi tadi.

Khairy tegas mengulangi sekali lagi Ismail Sabri Yaakob adalah calon perdana menteri untuk BN, bukan Zahid.

“Naratif ini (Zahid jadi PM) perlu dijelaskan di sini dan sekarang.

“Calon untuk perdana menteri (bagi BN) adalah Ismail Sabri Yaakob.

“Saya akan sokong pencalonan Ismail sebagai perdana menteri seperti yang disebut Zahid sendiri. Tidak ada kekeliruan di situ,” katanya.

Awal hari ini, penyandang Parlimen Sungai Buloh R. Sivarasa berkata mengundi Khairy secara tidak langsung menyokong Zahid yang juga presiden Umno.

“Khairy sebagai individu tidak ada apa tetapi rakyat perlu lihat siapa yang diwakilinya. Itu relevan.

“Siapa yang beliau wakili? Zahid. Siapa Zahid? Seseorang yang akan disabitkan bersalah sebagai penjenayah.

“Itulah siapa yang Khairy bawa di sini. Pengundi perlu lihat perkara itu,” kata Sivarasa hari ini ketika hadir ke pusat penamaan calon untuk memberi sokongan kepada calon Pakatan Harapan di Sungai Buloh, Ramanan Ramakrishnan.

Parlimen Sungai Buloh akan menyaksikan pertandingan tujuh penjuru termasuk dua calon bebas.

Selain Khairy dan Ramanan, calon lain ialah Mohd Ghazali Md Hamin daripada Perikatan Nasional (PN), Mohd Akmal Mohd Yusoff (Pejuang), Ahmad Jufliz Faiza Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan dua calon bebas Syed Abdul Razak Syed Long Alsagoff dan Nurhaslinda Basri. 

Khairy mengakui bertanding di Sungai Buloh yang juga kubu kuat pembangkang, akan menjadi antara cabaran paling kuat sepanjang kariernya dalam politik.

Bagaimanapun, beliau kekal optimistik yang pengundi di Sungai Buloh akan memberikannya peluang untuk mewakili mereka.

“Saya mewakili Rembah sejak tiga penggal lalu dengan kemenangan tiga pilihan raya berturut-turut.

“(Sekarang) saya datang ke kawasan di mana kami (BN) kalah tiga pilihan raya umum berturut-turut tetapi saya bersedia menghadapi cabaran itu.

“Pertandingan ini tidak mudah langsung. Ini cabaran paling sukar dalam sepanjang kerjaya politik saya,” katanya.

Dengan sejumlah 158,090 pengundi berdaftar, kerusi Sungai Buloh sudah tentu menjadi perhatian pada pilihan raya umum kali ini.

Sekurang-kurangnya 67,383 adalah pengundi kali pertama selepas usia mengundi diturunkan daripada 21 kepada 18 tahun dan pendaftaran automatik pengundi dikuatkuasakan pada September. – 5 November, 2022.


WOIT

MACAM MANA

SAEKOR NI

BOLEH SELAMAT

KAH KAH KAH

TAK KENA

PANCUNG MACAM

ANNUAR MUSA

AMIN

INI BAHAYA UNTUK

ZAHID

AMIN

JADI DURI 

DALAM DAGING

KAH KAH KAH

UNTUK SELAMAT

ZAHID WAJIB

BERI ARAHAN

SEMUA PENGUDI BN

BERI LALUAN

PADA CALON

PAKATAN

AMIN

KHALAS

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Zahid nampaknya diperangkap oleh Anwar. Dengan harapan PH akan letak calon heavyweight.....untuk tewaskan KJ....sekali kena game da.......kahkahkah. .

Untuk Zahid dengan mat Hassan sekarang ni, kj menang korang jd arang, kj kalah dekat calon cikai korang jadi abu. Kahkahkhkah

Tanpa Nama berkata...

Semua yang nak jadi YB sudah turun padang, sudah keluar siang malam jumpa pengundi, macam macam barangan bertukar tangan, isi minyak motor, tak mahu pulak isi minyak kereta kah kah modal banyak kot, bagi kasut, bagi maggie mee, bagi minyak masak, bagi gula garam tepung Milo, semuanya terberes sampai sekarang, lepas raya semua hilang, sibuk menjadi u katak, menapak jadi Munke, susah nak jumpa dah, kalau perlu apa apa kena tanya pembantu, banyak pembantu akan muncul, pekerja tukang kebun pulak jadi pengantara YB dan pengundi, semua ini sudah biasa semua sudah tahu tapi masih mengundi kepada YB begini, semua ini datang dari mana? Dari parti dari ahli dari penyokong dari cukong tak pernah penerima tanya, adakah kena bayar balik dengan kenaikan harga barangan nanti? Tak ada soal, dapat percuma semua terima amin, budaya ini perlu dimantapkan di kampung kawasan ulu sungai kah kah kah sokong tetap sokongutang tetap bayar, tak ada benda free lah woit, semua hutang kad kredit, nanti depa kutip balik Ganda Ganda nanti kah kah kah Selamat Raya Selamat berhutang amin

hamim berkata...

Apakah KJ pasti Zahid tidak berminat untuk jadi PM?, Lihatlah apa yang telah dilakukan oleh Zahid melalui pemilihan dan perlantikan calun calun dari UMNO untuk PRU15 , dia berkuasa menandatangani watikah untuk perlantikan calun dia menggunakan kuasanya sepenuhnya, apakah jika sebagai Presiden parti yang memenangi PRU dia tidak mahu mengambil kesempatan untuk jadi PM, apakah dia tidak akan menggunakan kuasanya sekali lagi? Tunggu dan lihat....

Tanpa Nama berkata...

ini ayat2 mat bangla..depan kita elok tunduk tawaduk solat jemaah..bila naik pesawat pulang ke dhaka, botol arak diminumnya dgn bangga dan tanpa silu dan malu..mat bangla muka hensem macam shah ruk khan, pantang nampak indon, mau aja diajak memantat...seribu pertolongan utk mat bangla, sampai masa nanti beliau akan kata " apa salahnya kalo saya nak ramai pembantu untuk menghabiskan duit rakyat"..lu lupa ke bro...kes green packet..dua2 wajib dipancung ditanam dan disimen..gua teringat kevin morais, arwah pengasas ambank,altantuya, sirul dan dan dan...