Ahad, 6 November 2022

TOLAK BUDAYA ARAB


187 calon wanita bertanding PRU15

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan 127 calon wanita akan bertanding di kerusi Parlimen manakala 60 lagi calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis, Perak, Pahang dan Bugaya di Sabah.

Pakatan Harapan (PH) terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan UPKO meletakkan 39 calon wanita daripada 205 calon yang bertanding, dengan satu kerusi atas tiket pakatan politiknya Muda, di Parlimen Tanjong Karang dan satu menggunakan logo DAP iaitu di Parlimen Lanang, Sarawak. 

Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada Umno, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mempertaruhkan 22 calon wanita daripada jumlah keseluruhan 178 calon.

Perikatan Nasional (PN) gabungan Bersatu, PAS dan Gerakan mempertaruhkan 16 calon wanita daripada 149 calon bertanding dengan dua daripada calonnya di Parlimen Tumpat dan Rantau Panjang menggunakan logo PAS. 


Gerakan Tanah Air (GTA) terdiri daripada Parti Pejuang Tanah Air  (Pejuang), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) turut meletakkan 16 calon wanita daripada 116 calon yang bertanding dengan kesemuanya menggunakan logo Pejuang.

Sepuluh wanita akan bertanding atas tiket Bebas, enam bagi Warisan dan selebihnya adalah calon dari parti lain-lain.

Peggy Chaw Zhi Ting, 23, adalah calon Bebas wanita paling muda bagi Parlimen Tenom manakala Liew Chin Jin, 70 atau lebih dikenali sebagai Christina Liew (PH-PKR)  pula calon wanita paling veteran bagi kerusi Parlimen Tawau. 

Calon wanita terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kelayakan akademik dengan ada antara mereka bekerjaya sebagai peguam, doktor dan memegang jawatan utama dalam parti yang diwakili.

Antaranya termasuklah kemunculan Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz, tokoh profesional Orang Kurang Upaya (OKU) yang mewarnai pentas PRU15, sekali gus membuktikan politik Malaysia semakin matang dan terbuka.

Beliau yang menghidap penyakit spina bifida sejak lahir akan bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya di bawah tiket PH-PKR menentang lima lagi calon termasuk penyandangnya Tengku Adnan Tengku Mansor daripada BN.

Selain itu, bekas timbalan perdana menteri yang juga pengerusi Majlis Penasihat PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak dan akan berdepan dua pencabar dari BN dan PN.

Penyandang kerusi Parlimen Pengerang Azalina Othman Said dan penyandang Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin, kedua-duanya bertanding atas tiket BN dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) bagi mempertahankan kawasan masing-masing.

Bagi pertandingan kerusi DUN, calon wanita paling muda ialah Hooi Mi Suet, 29, dari Warisan yang bertanding di kerusi Simpang Pulai manakala calon paling tua berusia 66 tahun iaitu Ng Wah Leng daripada BN-MCA bagi kerusi Keranji, kedua-duanya di Perak.

DUN Bugaya menyaksikan penyertaan calon wanita tunggal iaitu Nazmahwati Walli, 43, daripada PBM. – Bernama, 6 November, 2022.          

TOLAK BUDAYA

ARAB

AMIN

CALON WANITA

RAMAI

AMIN

INI TANDA KITA

BUKAN ARAB

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Arab dah maju, kita yang mundur, Arab dah pandai mabuk, dah pandai Judi dah pandai English, sini pulak nak ikut Arab, naik unta, bulu nak buang atau tidak, puki nak jilat atau tidak, semua kena tanya Hadi Awang kah kah kah syukur