Sabtu, 3 Disember 2022

KABINET MAT SAKAU ?

 



Anwar pimpin Kabinet kleptokrat, kata Muhyiddin

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mengecam Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana melantik kleptokrat menganggotai Kabinetnya.

Bekas perdana menteri itu merujuk kepada Ahmad Zahid Hamidi yang diumumkan sebagai timbalan perdana menteri malam tadi, walaupun selama ini lantang bercakap tentang pentadbiran yang bersih.

“Ini adalah barisan Kabinet paling mengecewakan dalam sejarah negara apabila seorang yang dipanggil membela diri terhadap 47 pertuduhan jenayah rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram di mahkamah dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

“Tindakan Anwar ini ibarat menjual maruah negara semata-mata kerana keinginannya menjadi perdana menteri,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Anwar turut menamakan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Fadillah Yusof yang juga mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai timbalan perdana menteri kedua.

Bagaimanapun, pelantikan Zahid disambut dengan reaksi berbeza-beza daripada rakyat berikutan pengerusi Barisan Nasional (BN) itu masih sedang berdepan 47 tuduhan rasuah.

Ramai yang melihat pelantikan Zahid itu sebagai mesej salah tentang pendirian tegas Anwar terhadap anti rasuah, sementara ada berkata ia langkah perlu untuk memastikan kestabilan kerajaan yang terbentuk daripada pesaing politik.

Muhyiddin melabel Kabinet Anwar sebagai “Kabinet kleptokrat” yang tertubuh atas penipuan terhadap mandat rakyat ini tidak mempunyai sebarang keabsahan untuk berfungsi sebagai badan eksekutif tertinggi negara.

Beliau turut menyelar Anwar kerana memegang jawatan menteri kewangan, yang boleh membawa kepada pemusatan kuasa.

“Bagaimana rakyat dan pelabur boleh percaya terhadap kepimpinan Anwar apabila beliau ternyata berbohong kepada seluruh dunia mengenai agenda anti rasuah, reformasi institusi dan pembelaan nasib rakyat jelata.

“Prinsip integriti, ketelusan dan akauntabiliti nyata dikompromi,” kata Muhyiddin. – 3 Disember, 2022.

WOIT

BAGUSLAH

ADA ZAHID DALAM

KABINET

KAH KAH KAH

SOALANNYA

APA MUHYIDIN

AKAN BUAT

AMIN

SEMBANG BISING

ATAU TURUN

KE JALAN RAYA

KAH KAH KAH

TOK EZI

TOK CHIP

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ni ckp2 seorg sosok melayu bermuka dua bangsa johor.talam dua muka.dari mat sembab jadi mat cirit. kes 1bestari kes rm600 bilion,kes2 yg belum dibongkarkan lagi.utk meyakinkan umat melayu islam, bebaskan jabatan kehakiman. kemudian kita lihat samada mahiadin kabinet klepto ke tidak..dan seperti biasa, media2 kerajaan akan sabotaj kerajaan al sultan..gua rasa isham lidah kontot akan melutut kat tok mat.