Sabtu, 31 Disember 2022

PROJEK REMBAT HUTAN BALAK



Tolong batalkan Projek Empangan Nenggiri – Orang Asli

GUA MUSANG – “Tolonglah batalkan Empangan Nenggiri. Pusara ibu ayah saya nanti akan tenggelam, sudah mati kerana penyakit, mati lagi kerana tenggelam. Dua kali mereka mati”.

Luahan itu disuarakan salah seorang penduduk Pos Pulat, Raman Awing yang tidak dapat menggambarkan kesedihan ditanggung apabila pusara keluarganya di Kampung Wias bakal tenggelam.

Projek pembinaan Empangan Hidroelektrik Nenggiri yang dijangka beroperasi penghujung 2026 bakal menyaksikan ‘tumpahan air mata’ hampir 3,000 penduduk di kawasan terjejas seperti Pos Pulat, Pos Tohoi dan Kampung Wias apabila mereka tidak bersetuju ia dilaksanakan.

Mana tidaknya, di tanah adat itulah menjadi sejarah buat mereka apabila khazanah Gua Cha dan Gua Chawas yang merupakan bukti kewujudan awal kaum Orang Asli Temiar dengan penemuan rangka tulang manusia terpanjang di dunia turut akan tenggelam.

Penghulu Pos Pulat, Batin Majid berkata, pembinaan empangan tersebut secara tidak langsung menafikan hak Orang Asli dalam mempertahan peradaban mereka dan seolah-olah cuba melenyapkan identiti mereka sebagai orang asal.

“Hampir 3,000 penduduk membantah pembinaan Empangan Nenggiri, ia hanya menjana kuasa yang sedikit tapi terpaksa korban banyak kawasan hutan termasuk tapak warisan yang menjadi bukti awal manusia Temiar di negara ini lebih 10,000 tahun masihi,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette baru-baru ini.

Terkuburnya beberapa gua lain di dasar air turut mencabuli pengamalan agama dipraktikkan Orang Asli dari suku Menriq yang terdiri dalam kumpulan Negrito.

Menurut Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli (JKOAK), Mustafa Along berkata, komuniti itu menjadikan gunung dan gua batu kapur di sekitar kawasan penempatan mereka bagi mengamalkan upacara pemujaan semangat nenek moyang.

“Tradisi upacara itu telah menjadi kepercayaan dan pengamalan agama buat mereka. Bukankah Perlembagaan Persekutuan telah menjamin hak setiap warganegara dalam pengamalan agama. Tenggelamnya gua itu nanti, terhapuslah amalan kepercayaan mereka,” katanya.

Jelas Mustafa, fasa pertama pembinaan empangan itu pada Mac lalu membuktikan kerajaan tidak menghargai keamanan negara yang dinikmati hari ini apabila kubur perajurit yang disemadi di Kampung Kuala Wias juga bakal tenggelam.

“Di sini tempat bersemadi jasad seorang anggota pasukan Senoi Praaq yang berjasa menentang penjajah iaitu Konstabel Arus Awang bernombor badan 114953 terkorban ketika helikopter Nuri terhempas di Gunung Gerah pada November 1989, tidak berbaloi harga perjuangan demi sebuah kemajuan kecil” ulasnya sebak.

Salah satu objektif Empangan Nenggiri sebagai tebatan banjir turut dinafikan Mustafa yang berpendapat, ia dapat diatasi jika kerakusan pembalakan tidak berlaku di Ulu Kelantan.

Kerakusan pembalakan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan gondolan bukit di sekitar kawasan Kampung Kuala Wuk.

“Pelik dan dangkal objektif itu, semua tahu pokok adalah benteng semula jadi bagi menyerap air tapi kerana aktiviti pembalakan tidak terkawal, banjir pula disalahkan. Air tidak akan melimpah secara luar biasa sekiranya manusia tidak memusnahkan benteng ciptaan Tuhan, peliharalah khazanah hutan ini,” ujarnya.

Empangan Nenggiri dengan peruntukan bernilai RM5 bilion bakal menjana 300 megawatt kepada Grid Nasional dengan meningkatkan kapasiti penjanaan Tenaga Boleh Baru (TBB) di Semenanjung selain menjadi tebatan banjir kepada penduduk di hilir sungai.

 WOIT

INI MACAM

PROJEK BAKUN

AMIN

INI PROJEK

NAK REMBAT

HUTAN BALAK

AMIN

BAKUN

TAK PEK KING

KAYA RAYA

AMIN

NENGGIRI SAPA

KAYA RAYA

AMIN

PASTI PAK LEBAI

DAPAT BINI

KETAT SENDAT

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa yg gua jangkakan dari PAS ialah org asal ni agama animisme, sembah pokok sembahan yg syirik.maka kerana itu tuhan PAS marah kerana org2 asal ni masih belum diberi hidayah mengenai agama baru nusantara yakni agama PAS.elok la pokok2 itu ditebang agar tidak mjadikan org asal ini syirik kpd wang dan fuluspussykom..ops silap..syirik kpd tuhan agama PAS.tunduk dan tawaduk kpd tuhan PAS , dgn izinnya akan dikurniakan jawatan dan bidadari dialam hayat ini.dunia hanya sementara yg kekal abadi itu akhirat.dunia akan kiamat maka utk apa dunia perlu dijagai dan ditanam pokok. dunia tempat permainan azazil.syurga adalah tempat selayaknya dan syurga PAS adalah syurga paling tinggi dlm ranking terkini..