Sabtu, 31 Disember 2022

TAHNIAH MEREAK BERTUGAS


Semua pusat pemindahan di Terengganu ditutup hari ini

KESEMUA pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir di Terengganu ditutup sepenuhnya pada 12 tengah hari tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Besut Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid berkata PPS terakhir yang ditutup ialah Masjid Kampung La yang melibatkan 22 mangsa daripada lima keluarga.

Beliau berkata kesemua mangsa yang ditempatkan di PPS berkenaan pada 18 Disember lepas telah meninggalkan PPS kira-kira pukul 11 pagi.

“Saya difahamkan sebahagian mangsa menumpang di rumah saudara-mara kerana kediaman mereka musnah 100 peratus selepas dihanyutkan air banjir yang deras,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Terengganu Hanafiah Mat berkata 12 keluarga mangsa banjir yang hilang tempat tinggal akan diberikan penempatan sementara atau rumah sewa yang ditanggung oleh kerajaan negeri.

Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu berkata kerajaan negeri sedang meneliti perkara itu untuk disalurkan bantuan termasuk pembinaan rumah baharu kepada mereka yang layak.

“Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan mencari rumah sewa yang sesuai untuk keluarga yang terlibat dan bayaran sewa akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kami.

“Selain itu bagi mereka yang layak, kita akan membantu membina rumah baharu untuk memastikan mereka mempunyai tempat berteduh,” katanya.

Banjir gelombang kedua yang melanda Terengganu pada 18 Disember menyebabkan lebih 40,000 rakyat terjejas dan terpaksa ditempatkan di 315 PPS di kesemua lapan daerah di negeri ini.

Kerajaan negeri sebelum ini turut mengumumkan pemberian bantuan tunai khas sebanyak RM1,000 kepada kira-kira 10,000 Ketua Isi Rumah (KIR) yang akan diagihkan pada Januari hingga Februari tahun depan. – Bernama, 31 Disember, 2022.


TANPA MALAON

MENTERI

 PAK LEBAI

AMIN

TANPA BOMOH

MAORI

AMIN

PETUGAS TEKUN

MENJALANKAN

TUGAS

AMIN

TAHNIAH !!!

PAK LEBAI HANYA

BIJAK MENYEBAR

BERIAT PALSU

KHALAS

Tiada ulasan: