Sabtu, 4 Februari 2023

AKIBAT SEKEEPING APAM


Kantoi hubungan sulit, lelaki India bunuh suami kekasih – Polis

KUALA LUMPUR – Kehilangan seorang lelaki warga India sejak Mei tahun lepas  terjawab apabila mayatnya ditemui di lereng bukit, dekat belakang sebuah banglo, di Subang Jaya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata, pembunuhan itu terbongkar selepas seorang lelaki India mengaku telah membunuh rakan senegaranya Mei tahun lepas.


Dia juga mengaku telah menanam mayat mangsa di belakang sebuah banglo yang dijadikan pusat jagaan orang tua di Subang Jaya.

Pengakuan dibuat di Ampang Jaya.

“Susulan pengakuan itu, polis dari IPD Ampang Jaya telah menahan suspek serta seorang wanita warga India yang merupakan isteri mangsa.

“Hasil soal siasat yang dijalankan, suspek itu telah menunjukkan lokasi pembunuhan serta tempat mayat ditanam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kesemua suspek yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 35 tahun itu, terdiri daripada dua wanita warga tempatan, seorang wanita warga Indonesia dan India serta seorang lelaki warga India.

Pemeriksaan di tempat kejadian telah menemukan satu bungkusan plastik yang dipercayai digunakan untuk membalut tubuh mangsa yang berusia 25 tahun yang dibunuh dengan cara dikelar lehernya.

Susulan penemuan mayat itu, katanya polis menahan tiga lagi wanita bagi membantu siasatan.

Wan Azlan berkata siasatan mendapati motif mangsa dibunuh disebabkan suspek lelaki itu mempunyai hubungan sulit dengan isteri mangsa.

”Mangsa yang berusia 25 tahun dibunuh kejam disembelih dengan pisau dan mayatnya dibungkus dalam plastik hitam sebelum ditanam.

”Setakat ini, senjata pembunuhan dalam kejadian ini (pisau) masih belum ditemui dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” tambahnya.

Mayat dihantar ke Forensik Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan polis masih meneruskan siasatan bagi mencari senjata yang digunakan dalam kes itu. 

WOIT

APA SPESIAL

APAM INI

KAH KAH KAH

SAMPAI SANGGUP

BUNUH

KAH KAH KAH

MESTI APAM

KEMUT KETAT

KAH KAH KAH

TAK CAYA TANYA

AL - KETATI

WAL AUDI

KAHALAS

Tiada ulasan: