Sabtu, 4 Februari 2023

BOLEH KAH SPRM SIASAT AZAM BAKI ?


SPRM belum panggil pemimpin PAS kes sedekah, kata Tuan Ibrahim


AGENSI antirasuah setakat ini masih belum memanggil mana-mana pemimpin PAS untuk siasatan kes merasuah pengundi, kata timbalan presiden parti Islam itu Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim mengesahkan perkara itu kepada The Malaysian Insight selepas agensi itu dilaporkan menyiasat kira-kira 90 individu yang didakwa menerima tunai untuk mengundi PAS di Terengganu.

“Setakat ini tiada lagi pemimpin PAS yang dipanggil SPRM,” katanya ringkas.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis dilaporkan mengenal pasti 90 individu yang menerima wang tunai daripada PAS sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.


Tindakan itu dijalankan hasil siasatan ke atas video tular yang didakwa menunjukkan orang ramai menerima bayaran untuk mengundi.

SPRM dilaporkan berjaya mengesan penerima wang tunai tersebut berdasarkan dokumen yang dirampas semasa siasatan kes itu.

Ia termasuk dokumen yang perlu ditandatangani oleh penerima apabila ingin mengambil wang, selain perlu mengangkat sumpah.

SPRM menjangka menyelesaikan siasatan kes tersebut yang didakwa berlaku di sebuah daerah di Terengganu itu dalam masa kira-kira dua minggu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki pada minggu lalu mengumumkan badan itu membuka siasatan selepas menerima aduan dan bahan bukti berupa rakaman video.

PAS juga kini ditekan dengan petisyen difailkan Umno Terengganu untuk membatalkan keputusan PRU15 di tiga kawasan yang turut berkait dengan dakwaan pemberian rasuah kepada pengundi.

Petisyen itu difailkan calon Barisan Nasional (BN) yang kalah di kawasan yang ditandingi – Jasmira Othman (Marang), Mohd Zubir Embong (Kuala Terengganu) dan Ahmad Said (Kemaman).

Ahmad yang juga pengerusi Umno Terengganu mendakwa terdapat bukti jelas daripada saksi bahawa mereka menerima wang untuk mengundi PAS.

Tiga petisyen itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Januari lepas sementara keputusan pembatalan petisyen yang dibuat Perikatan Nasional (PN) pula akan didengar pada Februari ini.

Pada Januari, Presiden PAS Abdul Hadi Awang menafikan pemberian wang tersebut sebagai rasuah dan menyalahi peraturan, dan menyifatkannya sebagai sedekah kepada pengundi oleh orang awam.

Semalam naib presiden PAS yang juga Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar berkata parti Islam itu sedia memberi kerjasama kepada SPRM.

PAS melalui gabungan PN berjaya menyapu bersih kerusi Parlimen di Terengganu, Kelantan dan Perlis dalam PRU15.

SPRM mengesahkan siasatan dijalankan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

Tindakan itu diambil selepas Bersatu mendedahkan penyata akaunnya yang antara lain menyatakan parti itu mengaut pendapatan tahunan berjumlah lebih RM147 juta.

Akaun tahunan bagi tahun 2020 dan 2021 itu didedahkan Marzuki Mohamad, yang merupakan bekas ketua setiausaha sulit kepada perdana menteri kelapan Muhyiddin Yassin.

Isu mengenai sumber kewangan Bersatu dan PN dibangkitkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sewaktu kempen PRU15.

Anwar antara lain mendakwa ratusan bilion dari dana Pakej Rangsangan Ekonomi diselewengkan oleh kerajaan pimpinan PN.

Dakwaan itu dinafikan Muhyiddin yang merupakan pengerusi PN. – 4 Februari 2023. 

RAMAI BERTANYA

APA JADI DENGAN

KES AZAM BAKI

AMIN

SPRM SIASAT

ATAU TIDAK

AMIN

SPRM TANYA

APA SUMBER

DANA BERSATU

AMIN

RAKYAT TANYA

APA SUMBER

DANA AZAM BAKI

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kes tak boleh selesai, macam polis siasatan polis sama sama saja hujungnya,dolak dalik sampai hujung era, kah kah kes tak selesai, selama ini kes masuk media pun tak nampak, entah ada entah hilang entah terbakaran, atau siapa siasat pun dah mangkat, begitu lama sekali operasi pasukan kita bekerja, penjawatnya awam sehingga berjuta juta tapi apa pun susah selesai, nak saman parking, nak tarik kereta tepi jalan, nak kunci tayar rajin pulak kah kah kah itu pun tengok tempat, kalau pekedai bayaran bulanan tarak aoa6, kalau pekedai tak bayar selalu kunci selalu saman supaya pelanggan berlari lari kah kah semua nampak semua tahu taktik penguatkuasaan negara siang malam sama, sebab apa? Sebab musababnya kenapa kerana orang kita saja jadi pengadil hakim peguam semua sekali harung kah kah kah