Sabtu, 18 Mac 2023

APA SUDAH JADI ? SAPA PUNYA KERJA ? SAPA NAK BIKIN KACAU ?


KPN beri jaminan keselamatan negara terkawal 


KETUA Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani memberi jaminan tahap keselamatan negara masih terkawal.

Kenyataan beliau dibuat selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan pasukan keselamatan berwaspada terhadap sebarang kemungkinan ancaman terhadap keselamatan negara.

Acryl Sani bagaimanapun memberi amaran bahawa polis tidak akan teragak-agak untuk bertindak terhadap sesiapa sahaja yang melakukan keganasan.

“Polis memantau rapi situasi keselamatan semasa dan akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti agama/kaum yang mengganggu gugat keselamatan serta ketenteraman negara.

“Tahap keselamatan semasa negara adalah terkawal dan PDRM memberikan komitmen untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang dilaksana secara berterusan demi memastikan keselamatan kekal terjamin.

“Masyarakat dinasihati agar tidak mengeluarkan atau berkongsi kenyataan-kenyataan yang mampu menjejaskan keharmonian kaum atau membangkitkan kegusaran awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar sebelum ini memberitahu pemberita bahawa pasukan keselamatan akan bertindak ke atas mereka yang menyimpan perasaan tidak puas hati akan menggunakan sentimen ini untuk mencetuskan kekacauan di negara ini.

“Kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang usaha mengadu domba dan menghangatkan isu kaum.

“Saya telah mengarahkan pasukan keselamatan berjaga-jaga kerana mereka yang terdesak atau berasa tercabar akan menggunakan sentimen ini, dan orang miskin akan dibayar untuk mencetuskan huru-hara,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet hari ini di Putrajaya.

Anwar bagaimanapun tidak menyebut secara khusus sebarang insiden atau isu.

Bagaimanapun, kenyataannya dibuat selepas pengarah dan pelakon filem tempatan “Mentega Terbang” menerima ugutan bunuh dan kereta mereka dirosakkan oleh orang tidak dikenali semalam.

Terdapat juga insiden Majlis Agama Islam Selangor melarang umat Islam menyertai program anjuran bukan Islam kerana khuatir acara ini boleh menimbulkan minat terhadap agama lain.

Pengerusinya Abdul Aziz Mohd Yusof Aziz merujuk kepada iklan dan risalah yang diedarkan di media sosial mengenai “Projek Artikel 11” Impact Malaysia di bawah program “Jom Ziarah”.

Program yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan itu melibatkan lawatan ke tempat ibadat bagi meningkatkan kesedaran masyarakat yang majmuk di negara ini.

Anwar juga berkata kerajaan akan sentiasa berpegang kepada prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, yang menetapkan Islam sebagai agama rasmi, manakala agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni. – 17 Mac, 2023.

WOIT

SAPA TERDESAK

KAH KAH KAH

SAPA HILANG

KUASA

KAH KAH KAH

SAPA AKAN

HILANG KUASA

KAH KAH KAH

SERANG DULU

SEBELUM 

DISERANG

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Encik tt boleh cuba tanya encik madey...kan baru ni dia jumpa hadi awang dah? Apa standard encik madey pun kalau setakat nak menang prn 6 negeri...mesti ada plan yang lebih besar. Hehe

Hudbenseman berkata...

Tt, lu dah hilang siuman ka atau buat2 saja? Dalam Malaysia ni ada sorang saja yang dok buat kacau. Takkan lu taktau???

Tanpa Nama berkata...

22 tahun 22 bulan lah. Sapa lagi? Paklah dia kacau, Najib dia kacau, Anwar dah tahu wajib dia kacau.
Tt bukan geng dia jugak ke? Tanya je jangan marah pulak