Khamis, 23 Mac 2023

GARIS POLITIK MUDA


Muda tolak Perikatan, mahu kerjasama dengan Pakatan pada PRN

PARTI belia, Muda akan terus komited untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang walaupun permohonannya untuk menyertai gabungan itu ditolak, kata setiausaha agungnya Amir Abd Hadi.

Beliau berkata parti itu lebih suka mengadakan kerjasama pilihan raya dengan PH bagi pilihan raya negeri yang akan diadakan tidak lama lagi daripada bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Tambahnya, parti itu juga akan bertanding pada pilihan raya negeri.

“Kami terbuka untuk berbincang dengan PH, sama ada untuk menjadi sebahagian daripada gabungan itu atau sebagai pakatan pilihan raya seperti pada pilihan raya umum lalu,” kata Amir kepada The Malaysian Insight.

“Selain itu, buat masa ini tiada rundingan atau perbincangan dengan PN. Kami tidak berminat dengan idea itu kerana kami memegang prinsip yang berbeza.”

Isnin lalu, Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa PH membuat keputusan segera berhubung permohonan partinya untuk menjadi sebahagian daripada gabungan itu.

Ahli Parlimen Muar itu berkata parti itu telah menghantar tiga surat bertanyakan mengenai status permohonannya untuk menyertai PH, yang dibuat sebelum pilihan raya umum ke-15.

Amir menyokong dakwaan Syed Saddiq mengenai surat yang dihantar kepada PH, dan berkata mereka hanya mahu keputusan mengenai permohonan mereka.

“Kami sudah menghantar tiga surat kepada PH. Kami menghantarnya kepada (Setiausaha Agung PH) Saifuddin (Nasution) melalui serahan tangan, melalui emel dan juga melalui WhatsApp. Kami juga menghubungi mereka,” kata Amir.

“Kami hanya perlu PH menjawab surat kami dan juga memutuskan sama ada menerima Muda atau tidak.

“Kami terima sekiranya mereka menolak tetapi kami amat memerlukan jawapan untuk kami terus bergerak ke hadapan,” katanya.

Terdahulu hari ini, Saifuddin berkata beliau sibuk dengan tugas menteri yang didakwanya sebagai sebab tidak membaca surat permohonan Muda.

Sebelum PRU15, Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata adalah sukar untuk membawa Muda sebagai parti komponen kelima PH kerana ia perlu mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Amir berkata, tiada sebab untuk sebarang kelewatan memandangkan pengerusi PH kini adalah perdana menteri.

“Sebelum ini, jawapan yang diberikan Anwar ialah PH tidak boleh terima Muda kerana RoS dan sebagainya.

“Sekarang, beliau sudah pun menjadi perdana menteri. (Sepatutnya tidak ada isu) kerana mereka boleh membuat keputusan untuk menerima atau menolak Muda,” kata Amir.

Amir berkata, walau apa pun keputusannya, Muda akan bertanding pada pilihan raya negeri akan datang.

“Rundingan kerusi telah pun bermula. Kami sedang mengintai beberapa kerusi tetapi ia tertakluk kepada rundingan dan perbincangan.

“Sekarang, kami sedang dalam persiapan dan nanti kami akan menganjurkan Sidang Pilihanraya untuk Muda.”

Dalam pilihan raya pertama, Muda bertanding di enam kerusi Parlimen, namun hanya memenangi satu iaitu kerusi Parlimen Muar oleh Syed Saddiq. 

Walaupun menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan, Muda tidak dijemput ke dua mesyuarat sekretariat kerajaan perpaduan yang diadakan setakat ini. – 23 Mac, 2023.


 

INI GARIS

TEPAT BIJAK

AMIN

GUNAKAN PRN

YG AKAN DTG

UNTUK BINA PARTI

AMIN

SOKONGAN ADA

WAJIB DISUSUN

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Azmin Semburito Ada peluang menang ke PRN Selangor? Azmi. Menang TT untung! Kah kah kah!