Isnin, 6 Mac 2023

HADI RANCANG JATUHKAN ANWAR


PN berhak rancang tumbangkan kerajaan perpaduan, tiada siapa boleh halang

KUALA LUMPUR – Gabungan Perikatan Nasional (PN) berhak untuk merancang aktiviti menumbangkan kerajaan perpaduan, kata Presiden Pas, Abdul Hadi Al- Kawahli 

Menurut beliau, aktiviti itu dibolehkan kerana ia adalah berlandaskan kepada prinsip demokrasi.

“Itu satu kenyataan politik (kerajaan perpaduan tumbang) dan biasa berlaku dalam politik, undi tidak percaya dan dapatkan SD (Akuan Bersumpah), penyokong kerajaan berpaling tadi itu berlaku.

“Memang kita berhak merancang tidak ada siapa yang boleh halang, kita nak merancang,” katanya memberikan respon kepada kenyataan Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim yang meminta Abdul Hadi agar berhenti ‘mengigau’ susulan kenyataan dikeluarkannya mendakwa kononnya Kerajaan Perpaduan akan tumbang.

Anwar semalam berkata terpulang kepada Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN untuk membuat perancangan sedemikian.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi mengakui aktiviti itu sememangnya wujud dengan dakwaan bahawa ada parti-parti yang menyokong kerajaan perpaduan, tidak berpuas hati dengan pimpinan Anwar.

“Kita melihat ada tanda-tanda yang menunjukkan dalam kerajaan campuran yang ada ini perasaan tidak puas hari bersama-sama komponen di sendiri, ada berlaku.

“Sebab itu sesuatu tidak mustahil berlaku,” jelas Abdul Hadi.

Sebelum ini, ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 di Parlimen minggu lalu, Abdul Hadi mengingatkan pemimpin kerajaan sedia ada supaya tidak menyalahkan pembangkang sekiranya pentadbiran hari ini jatuh sekali lagi.

Malah ketika berucap pada sesi Dialog Ulama Negarawan: Mendepani Cabaran Globalisasi Media Masa Kini anjuran Yayasan Permata Ummah di Kuala Lumpur pada Rabu lalu, Abdul Hadi turut menjangkakan kerajaan perpaduan akan tumbang tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Marang itu bagaimanapun tidak menyebut berdasarkan apa jangkaannya itu dibuat.

“Orang tanya bila berlaku ini. Ini ramalan.

“Insya-Allah, (akan berlaku) dalam masa terdekat,” katanya. – 

WOIT

AL-KAWAHLI NI

CAKAP BESAR

KAH KAH KAH

SATU MALAYSIA

NAK TAHU

BILA PROJEK NI

NAK MULA

KAH KAH KAH

TAK LAMA LAGI

SPRM AKAN

SAMPAI

KAH KAH KAH

TAK SEMPAT

PROJEK NI

BERJALAN

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: