Isnin, 6 Mac 2023

SELANGOR JATUH ???



Perikatan mampu menang Selangor, kata pemimpin parti


PEMIMPIN Perikatan Nasional (PN) percaya sentimen pengundi waktu ini menunjukkan mereka akan mengekalkan semua kerusi negeri yang dikuasai di Selangor dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Antaranya Setiausaha PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir yang turut yakin PN berupaya memberi saingan di 33 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Kesemua kerusi itu, termasuk tujuh yang sudah dalam genggaman PN pada waktu ini mempunyai sekurang-kurangnya 60% pengundi Melayu, katanya.

Beliau memberitahu The Malaysian Insight, trend dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menunjukkan undi di kerusi berkenaan jelas memihak kepada PN.

“Semua 43 kerusi Parlimen PAS menang (PRU15) pengundi Melayu 60% ke atas, kecuali Kuala Langat, yang mempunyai 58% pengundi Melayu.

“Kuala Langat kita boleh menang, inikan pula di kawasan DUN (Selangor) yang ada 60% pengundi Melayu,” katanya.

PN menang enam kerusi Parlimen di Selangor dalam PRU15 – di Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang, Hulu Selangor, Kapar dan Kuala Langat.

Kemenangan itu memberi semangat baharu kepada gabungan berkenaan untuk menawan lebih banyak kerusi negeri di kawasan Parlimen yang dikuasai dalam PRU November lalu, katanya.

“Asasnya sebelum ini kita (tiada kerusi) Parlimen. Tetapi baru-baru ini PAS menang tiga, Bersatu menang tiga. Kita menang enam daripada kosong.

“Kebanyakan kerusi negeri dalam Parlimen ini, (daripada perkiraan mengikut) DUN kita menang,” katanya.

Beliau memberi contoh kerusi negeri dalam kawasan Parlimen Kuala Langat yang dimenangi Pesuruhjaya PAS Selangor Ahmad Yunus Hairi selepas menewaskan lima calon lain.

Ia menunjukkan PN mampu menguasai undi di kawasan DUN Morib dan Sijangkang.

“Kita jangka kalau peralihan undi Melayu pada PRU15 itu kekal, tidak mustahil (PN menang banyak kerusi).

“Tetapi ada juga banyak faktor lain, antaranya trend anak muda (menyokong PN) ditambah peralihan pengundi Melayu menguatkan lagi jangkaan kita,” katanya.

Beliau juga menjangkakan BN berhadapan risiko di lima kerusi DUN, selepas gabungan itu tewas di kesemua kerusi Parlimen Selangor dalam PRU15 lalu.
.
Hinggakan, ia memberi keyakinan kepada PN untuk menarik penyandang kerusi berkenaan untuk berpaling tadah.

“Kita tawarkan kepada mereka (Adun BN), boleh tinggalkan Umno bertanding tiket PAS, seperti wakil rakyat Sungai Air Tawar, Sungai Panjang, itu semua Adun muda.

“Kalau ikut trend kerusi Parlimen mereka semua akan kalah, kita sayang anak muda Melayu. Kalau nak silalah datang dengan kita.

“Orang tolak Umno sekarang sampai ke akar umbi, sudah teruk sangat,” tambahnya.

Tiga lagi DUN milik BN adalah Semenyih, Sungai Burung dan Hulu Bernam.

Seorang lagi pemimpin PN dari Bersatu Muhammad Faiz Na’aman pula menjangka parti tersebut akan menguasai pentadbiran Selangor sekiranya gabungan mereka mengambil alih.

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu berkata demikian atas jangkaan partinya akan mendapat kelebihan dalam rundingan agihan kerusi antara gabungan tersebut.

“Selangor kita anggap sepatutnya condong kepada Bersatu, demografi majmuk. Jadi, Insha-Allah kalau PN menang sewajarnya Selangor ini dipimpin daripada Bersatu.

“PAS dah ada Kelantan, Terengganu, Kedah. Selangor dan Negeri Sembilan kita anggap sasaran kita, seharusnya diketuai Bersatu.

“Kalau ikut logik begitu, (kerusi Bersatu lebih) tapi mungkin tak berbeza banyak,” katanya yang menambah PN juga kini sedang menilai calon untuk PRN.

Beliau mengakui komposisi pengundi Selangor yang majmuk menyukarkan jangkaan namun PN tetap akan mengatasi disebabkan masalah hubungan BN dan PH.

“Kita tidak pandang rendah saingan kita walaupun ada perpecahan Umno di Selangor, kita tak pandang rendah, Selangor negeri yang agak sukar untuk masuk bertanding.

“Tapi ada kelebihan apabila dua pihak ini tak banyak keserasian antara akar umbi. Macam penyokong DAP dan Umno, sudah pasti mereka jadi pelik dan keliru, tetapi itu hal mereka.

“Di sebelah kita tiada keliru. Kita menyokong calon masing-masing, asalkan PN akar umbi tak keliru, tidak ada masalah,” katanya.

Beliau juga berharap sentimen pengundi dari kalangan perantau luar Selangor membantu kemenangan PN.

“Kita yakin sebahagian besar orang Melayu dan golongan perantau, datang daripada luar Selangor, bermastautin di Selangor. Mereka boleh memainkan corak signifikan dalam PRN ini,” katanya.

Penganalisis juga melihat sasaran 30 kerusi munasabah buat PN berikutan faktor sokongan Melayu kepada mereka.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar menjangkakan PN mampu menguasai antara 18 hingga 20 DUN.

“Jadi maksudnya kalau mereka letak sasaran 30 DUN itu jumlah yang munasabah, terutamanya bagi kerusi dengan komposisi DUN Melayu yang padat, itu yang PH kena beri perhatian,” katanya.

Ia sekali gus berupaya mengancam kedudukan kerajaan PH, katanya.

“Bagi pihak kerajaan yang bertahan sepatutnya mereka perlu lihat serius keupayaan PN yang mampu merampas kerusi yang mungkin boleh menghantar jumlah pembangkang yang kuat di dalam DUN Selangor.”

Antara lain, Hisomuddin berkata, pertambahan bilangan pengundi dalam daftar pemilih juga memainkan peranan dalam PRN kali ini.

“Pertambahan pengundi baharu yang mungkin akan diguna pakai, contoh pengundi pada PRU15 lepas mereka tak layak mengundi.

“Jadi untuk PRN ini, daripada Jun lalu hingga Mac tahun ini mungkin diguna sebagai daftar pengundi yang layak. Pertambahan pengundi setiap bulan juga tak boleh diambil mudah oleh semua pihak,” katanya.

Selain itu, keserasian jentera dan pengundi BN dan PH dalam PRN ini juga masih menjadi tanda tanya.

“Menarik ingin dilihat sebenarnya bagaimana PH dan BN berbincang dan selesaikan pengagihan kerusi dan yakinkan pengundi masing-masing untuk mereka saling sokong-menyokong.

“Kemampuan untuk memindahkan undi di antara gabungan itu perlu dilihat,” katanya.

“Contohnya kalau DUN BN (sebelum ini) diserah kepada BN, sebelum ini merupakan kerusi ditandingi BN, PH dan PN.

“... Kali ini BN akan lawan PN dua penjuru, jadi adakah pengundi PH dalam DUN berkenaan mampu mengundi BN.

“Begitu juga sebaliknya, sama ada pengundi BN mampu mengundi calon PH di sesuatu DUN,” katanya.

“Ini belum teruji dalam mana-mana PRU. PRN ini akan menguji gandingan pakatan politik baharu, yang mungkin jadi penanda aras baru dalam arena politik negara.” – 6 Mac, 2023.

AWAS !!!

JIKA SELANGOR

JATUH MAKNANYA

TALIBAN

BERKUASA

AMIN

APA AKAN JADI

PADA NEGARA INI

AMIN

BOLEHKAN 

PEREMPUAN NAIK

MOTOSIKAL

KAH KAH KAH

APAKAH AKAN

ADA SUPERMARKET

KHAS UNTUK BERINA

KHAS UNTUK JANTAN

MACAM DI PAKISTAN

MACAM DI KABUL

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah modal satu sahaja dulu kini selamanya iaitu agama bangsa negara, biar kan Taliban berkuasa, kita kembalikan zaman unta supaya Melayu Isle sedar, mereka ingat semua akan jatuh kalau Duta Timur Tengah ada, air paip pun masih berkarat woit kah kah kah doa doa doa semua dapat

Mamatgetah berkata...

Tak perlu takut bro...elok je aku tgk lebai perintah trg kelantan perlis dan kedah..guang eng pun dah kecut perut dgn kedah..kulim airpot siap nanti guan eng main lato lato la