Ahad, 5 Mac 2023

MAIL BERA BANGUN MELAWAN ZAHID


Tunjuk surat RoS keputusan usul tambahan Umno diterima, kata Ismail Sabri

AHMAD Zahid Hamidi diminta menunjukkan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bahawa ia membersihkan Umno daripada sebarang salah laku selepas parti itu meluluskan usul tidak bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden.

Naib presiden Ismail Sabri Yaakob berkata presiden Umno perlu mengemukakan surat itu kerana terdapat laporan bercanggah mengenai keputusan RoS berhubung perkara itu.

“Beliau sepatutnya menunjukkan surat RoS kerana terdapat dua laporan media yang bercanggah mengenai perkara itu.

“Satu laporan menyatakan RoS menolak tetapi tidak lama kemudian ada laporan lain menerima keputusan perhimpunan. Semua orang keliru.

“Saya juga membaca laporan media,” katanya kepada portal berita berbahasa Melayu Berita Harian.

Malam tadi, Ahmad Zahid berkata RoS membersihkan Umno daripada sebarang salah laku selepas parti itu meluluskan usul tidak bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden.

“Setiausaha agung menerima surat bertarikh 3 Mac daripada kementerian dalam negeri untuk memaklumkan kepada kami keputusan menteri mengenai usul itu,” katanya pada sidang media.

RoS terletak di bawah kuasa kementerian dalam negeri.

Bulan lalu, dilaporkan RoS menyiasat kemungkinan perlanggaran perlembagaan parti selepas usul itu diluluskan oleh perhimpunan agung Umno.

Siasatan itu dimulakan selepas dua ahli Umno membuat laporan kepada RoS mendakwa pembentangan usul itu melanggar Perkara 10 perlembagaan parti.

Mereka menegaskan ia perlu dibentangkan dua minggu sebelum perhimpunan agung atau tujuh hari jika dibentangkan oleh ahli Majlis Tertinggi. – 5 Mac, 2023.

BERITA TELAH

TERSEBAR

AMIN

ROS TULIS LAIN

ZAHID CAKAP 

LAIN

JENG JENG JENG

ROS TAK TERIMA

PINDAAN

ZAHID KATA ROS

TERIMA

JENG JENG JENG

SAPA BETUL

SAPA PUTAR

AMIN

NAK SELESAI

MUDAH SAJA

AMIN

ZAHID TUNJUK

SURAT ROS

ATAU

ROS UMUM

KEPUTUSAN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan Mail Bera sahaja, malah semua bekas bekas mantan mantan sama perangai, anggap diri syumul terbaik sebab nikmat jawatan begitu, PM 4 sampai sekarang anggap dia terbaik sekali, yang lain semua haprak, kah kah kah cuma seorang saja yang terbaik Pak Lah kaki terbaik, antara semua dia saja pencen senyap senyap tanam orkid, kah kah kah yang lain adoi bekas mantan punya karenah tak habis habis, sabotaj tikam kacau porak peranda semua cukup lengkap lah, masa berkuasa tak ada apa nak dibangga pun, tapi selepas dipencenkan terus free sangat, otak free, minda free semua free sangat sampai kacau bilau tikam orang bukan orang lain, bukan bangsa lain, bukan agama lain, semua yang sama sama dulu, cium tangan dulu, cium kaki pun sanggup kalau dapat jawatan amin, malu lah sikit woit kah kah kah orang kurang cerdik pun ingat boleh jadi PM kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Musuh dalam selimut, manusia kena faham, selalu musuh yang patut kita semua takut ialah musuh dikalangan kenalan kita, tahu rahsia kita, bersama sama kita, selalu tunggu peluang masa tikam kita, bukan Yahudi bukan DAP bukan bukan Jho Low, bukan bukan, bila kita jatuh kucing berak atas kepala dan kambus dengan tanah kah kah kah awas bila kawan dengan orang orang politik woit kah kah kah syukur alhamdulillah selalu dapat pencen terlalu bebas kacau kacau akan Mula, kah kah