Khamis, 16 Mac 2023

PAS LARANG LAWAANY GEREJA

 


Hentikan program ziarah gereja Impact Malaysia, kata PAS

PAS menggesa Kementerian Belia dan Sukan tidak meneruskan program Impact Malaysia yang membabitkan lawatan ke rumah ibadat, kerana ia boleh meluaskan lagi jurang antara umat Islam dan bukan Islam.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata program itu akan bermasalah jika ia tidak mencapai matlamatnya, di mana ia dikatakan bertujuan memberi pendedahan tentang aspek agama berbeza di negara ini.

“Program itu tidak sewajarnya diteruskan oleh pihak berkenaan andainya ia dibayangkan bukan saja tidak dapat mencapai hasrat dinyatakan malah berkemungkinan meluaskan lagi jurang perbezaan sedia ada selain boleh mengundang bantahan terbuka yang lebih membimbangkan,” katanya.

Di Dewan Rakyat semalam, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata inisiatif itu dijalankan oleh Impact Integrated, iaitu satu agensi yang berkaitan dengan kementeriannya, untuk melawat rumah ibadat, dan belia Islam tidak terbabit.

Beliau berkata demikian susulan tuduhan di media sosial yang beliau menggunakan program itu untuk mendedahkan belia Islam kepada Kristianiti.

“Bagi isu yang dibangkitkan berkenaan pendaftaran Program Jom Ziarah gereja, kementerian menerusi Impact Malaysia sememangnya tidak akan melibatkan penyertaan belia Muslim dan tiada belia Muslim memasuki gereja menerusi program ini,” katanya di Dewan Rakyat.

Hannah berkata Bersatu yang memfitnahnya, bukan PAS.

Ahli Bersatu Badrul Hisham Shaharin dilaporkan berkata akan membuat laporan polis terhadap  Yeoh kerana didakwa cuba berdakwah kepada belia Muslim menerusi program berkenaan.

Dalam satu hantaran di Facebook hari ini, Badrul atau lebih dikenali dengan nama Chegubard, mendakwa Yeoh menipu ketika memberi penjelasan berkenaan program Impact Malaysia itu di Dewan Rakyat.

Sementara itu, Takiyuddin berkata PAS tidak bersetuju dengan tindakan Yeoh yang memetik pemimpin PAS untuk menyokong ucapannya berhubung isu itu.

Ahli Parlimen Kota Baru itu berkata Yeo memetik Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan timbalannya Tuan Ibrahim Tuan Man dalam cara yang tidak adil.

Yeoh dilaporkan berkata Tuan Ibrahim pernah berkata pada 2 Oktober, 2018 yang tidak salah untuk umat Islam masuk kuil dan terima kalungan bunga.

Beliau turut menyebut Hadi melawat sebuah gereja di Miri pada 2015 dan mengulas yang perbincangan dua pihak dan bertukar idea sangat menarik serta bertujuan untuk mengukuhkan hukuman dalam masyarakat berbilang bangsa.

Takiyuddin berkata Yeoh menggunakan kenyataan daripada presiden dan timbalan presiden PAS secara tidak adil untuk dijadikan “senjata politik” dan mencipta konflik antara PAS dan Bersatu, di mana kedua-duanya adalah parti komponen dalam Perikatan Nasional. 

“Motifnya jelas bila beliau tidak beri ruang kepada wakil PAS atau Bersatu untuk memberi respons kepada kenyataannya,” kata Takiyuddin. – 16 Mac, 2023.

KAH KAH KAH

INI PERANGAI

TALIBAN

AMIN

ISLAM KLIM

TUHAN SATU

AMIN

TUHAN BERADA

DI MANA MANA

AMIN

JADI DALAM

GEREJA ADA TUHAN

DALAM KUIL 

ADA TUHAN

AMIN

APA MASALAHNYA

KAH KAH KAH

KHALAS

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan silap Tuhan kepunyaan hak milik parti PAS, yang lain semua tidak sah kah kah kah, kalau kepala sudah bungkus, oksigen tarak masuk susah otak berfungsi baik, tahu kepada kuda dihalang pandang tepi tak? Mata kuda sebelah tepi nanti dia pandang tepi, tak boleh tak boleh nanti kuda tak jalan lurus, mata kena fokus depan saja, bagitu lah kuda kuda PAS kah kah kah nasib baik kah kah

Mamatgetah berkata...

Tuhan tu ada dimana mana..tapi orang politik tuhan dia ada dalam poket..makin byk poket makin ramai tuhan..

panglimo potaseh berkata...

YB.Hajjah Hannah Yeoh dok keluar masok masjid, derma kat masjid tak masok Islang pong. Kalau kita anggap Islang tu benar .. masok puki mana pong kita tetap Islang .. takkang masok Gerije kita masok Keristiang .. kahkahkah bodoh piang boto orang Molayu ni ..

Tanpa Nama berkata...

Gwa teringat 2 budak muda TT dan Lee Keong tumpang berteduh bermalam di gereja 55Ttahun dulu. Penjaga gereja tidak halau 2 budak muda itu dengan alasan berbeza tuhan dan akidah. Malah diberi tempat tidur berbaring boleh mandi berehat.

Gwa hairan mengapa kita mesti saling membenci&berbunuhan hanya kerana berbeza tuhan. what is the because?