Selasa, 21 Mac 2023

ROSMAH DUGA ZAHID



Rosmah dapat kembali pasportnya, berlepas ke Singapura 23 Mac


MAHKAMAH Rayuan hari ini membenarkan permohonan Rosmah Mansor untuk pelepasan sementara pasportnya bagi membolehkan dia berlepas ke Singapura untuk melawat anak perempuannya dan seorang daripada cucunya yang tidak sihat.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Kamaludin Md Said, Hadhariah Syed Ismail dan Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas timbalan pendakwa raya Poh Yih Tinn tidak membantah permohonannya.

Kamaludin berkata memandangkan tiada bantahan oleh pihak pendakwaan terhadap permohonan itu, mahkamah sebulat suara memberikan perintah itu mengikut terma.

Terdahulu peguam Rosmah, Jagjit Singh memaklumkan kepada mahkamah isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu memohon kebenaran mahkamah untuk mendapatkan kembali pasport antarabangsanya bagi membolehkan beliau ke Singapura melawat anak perempuannya, menantunya serta dua cucu, yang seorang daripadanya tidak sihat.


Beliau berkata Rosmah akan berlepas ke Singapura pada 23 Mac, dan akan berada di negara republik itu selama enam minggu, di samping menyambut Hari Raya Aidilfitri di sana, sebelum kembali pada 5 Mei.

“Kami berjanji untuk memulangkan pasportnya (Rosmah) (ke mahkamah) dalam tempoh seminggu selepas dia kembali,” kata Jagjit.

Poh kemudian mencadangkan Rosmah memulangkan pasportnya pada atau sebelum 10 Mei.

Pasport Rosmah disita mahkamah pada 2019 selepas dia didakwa bagi pertuduhan rasuah.

Pada 1 September tahun lepas, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika itu Mohamed Zaini Mazlan (kini hakim Mahkamah Rayuan) mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid RM1.25 bilion.

Rosmah, 71, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan, yang berjalan serentak, bermakna dia hanya akan menjalani hukuman penjara 10 tahun; di samping denda RM970 juta, yang jika gagal dibayar akan boleh membawa kepada hukuman penjara 30 tahun.

Dia didakwa terhadap satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin.

Mahkamah Tinggi bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda, sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Rayuan Rosmah terhadap sabitan, penjara 10 tahun dan denda RM970 juta bagi kesalahan rasuah membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak itu, ditetapkan untuk dibicarakan di Mahkamah Rayuan selama empat hari mulai 11 Julai.

Turut mewakili Rosmah, yang hadir di mahkamah hari ini, ialah peguam Akberdin Abdul Kader dan Azrul Zulkifli Stork. – Bernama, 21 Mac, 2023.


WOIT

INI CARA BIK MAMA

NAK DUGA ZAID

AMIN

BIK MAMA TEST

ZAHID

AMIN

BIK MAMA 

TEST ANWAR

JENG JENG JENG

ANAK SAKIT

TAK BAWA HKL

ANTA SINGAPURA

AMIN

SATU MASA NANTI

AKAN HANTAR

BERUBAT KE PARIS

KEMUDIAN KE

KAZAKHTAN

AMIN

JENG JENG JENG

SEKALI BACA

DAH TAHU 

RANCANGAN

 BIK MAMA

KHALAS

Tiada ulasan: