Selasa, 21 Mac 2023

SOALAN HAJI


SOALAN HAJI

AMIN


LTH buat cara kerja perubahan zaman.

Bayaran menunaikan Haji.. keseluruhan kosnya ialah RM 30.850. Dan jika B40 di kenakan bayaran 10.980 ini memberi erti bahawa LTH memberikan subsidi sebanyak hampir RM 20.000 ribu.

2. Persoalannya bagaimana penanda arah B40 di kenal pasti. 

3. Jika saya, Saya tidak umumkan kos macam mengadakan kasta untuk mereka yang di berikan kelulusan mengerjakan Haji.

4. Apa saya buat.. Penyimpan yang berjumlah simpanan sebanyak 11 ribu.. Akan saya tawarkan pergi menunaikan Haji dengan kos penanda aras 15.980 ribu.

5. Maka pencarum simpanan perlu membayar 4 ribu lagi. Dan diberikan kebenaran merayu menolak kos itu. 

6. Semua yang merayu akan di temuduga oleh Satu jawatankuasa dalam kariah masjidnya. Mereka akan menemu duga ahli kariahnya. Menjawab beberapa soalan yang di sediakan oleh LTH. 

7. Salepas itu Jawatankuasa membuat perakuan bahawa bakal jemaah itu adalah layak menerima tawaran pergi menunaikan haji dengan kos 10.980.00 atau harga semasa tahun itu. dengan subsidi LTH berjumlah mengikut kos semasa tahun.

8. Tujuan temuduga itu di perbuat untuk menilai jemaah kariah itu. Adakah dia pernah solat di masjid. Melakukan kerja amal dan membantu masyarakat dalam kariah.  Dan sebagainya.

9. Dengan sendiri LTH tidak terkait dengan keputusan orang politik macam dulu-dulu untuk pergi Haji termasuk kunun ada kuota kepada pembesar saperti para Menteri dan Ahli Parlimen. 

Jika mereka (pembesar kerajaan) menyokong pun Jawatankuasa Peringkat Kariah tetap menemu duga mereka jika tawaran melibat bajet B40. -zmy

Zahrin 
Mac 21, 2023
Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: