Rabu, 5 April 2023

TUKAR DUIT HARAM !!!

 



Sindiket money changer haram didalangi warga asing tumpas

JABATAN Imigresen (JIM) menumpaskan rangkaian sindiket “money changer” haram yang didalangi warga asing dalam operasi khas yang dijalankan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pada 2 dan 3 April lepas.

Ketua Pengarah Imigresen Ruslin Jusoh dalam kenyataan hari ini berkata operasi itu menyerbu 10 premis yang disyaki menjalankan aktiviti pengurup wang tanpa lesen dan ia dikendalikan warga asing iaitu Bangladesh, India dan Indonesia.

“Modus operandi sindiket ialah beroperasi di restoran, kedai runcit, kedai kosmetik dan kios menjual peralatan elektronik bagi menutup jejak sebenar aktiviti pengurup wang tanpa lesen daripada dikesan pihak berkuasa dengan mengenakan bayaran yang murah bagi menguruskan kiriman wang ke luar negara,” katanya.

Operasi yang dijalankan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas JIM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) itu menahan 29 warga asing termasuk tiga dalang utama sindiket iaitu masing-masing seorang lelaki warga India, Indonesia dan Bangladesh di tiga lokasi berlainan, katanya.

Seramai 11 lelaki warga Bangladesh, lima lelaki warga India, lapan lelaki warga Indonesia dan dua wanita Indonesia yang ditahan pula dipercayai berperanan sebagai orang tengah dan menguruskan kiriman wang ke luar negara, katanya.

Ruslin berkata turut dirampas dalam operasi berkenaan ialah wang tunai berjumlah RM300,527 yang disyaki hasil aktiviti pengurup wang, telefon bimbit, buku dan dokumen rekod kiriman wang ke luar negara seperti Bangladesh dan Indonesia.

“Berdasarkan jumlah wang tunai yang dirampas sindiket ini dianggarkan mampu menguruskan kiriman wang ke luar negara mencecah RM108 juta setahun,” katanya.

Beliau berkata kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Mereka semua ditahan di Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan dan tindakan lanjut, katanya. – Bernama, 5 April, 2023.

WOIT

KHIDMAT MEREKA

LEBIH CUN

AMIN

BILA BILA MASA

BOLEH  TUKAR

AMIN

TAK PERLU

BANYAK SONGEL

AMIN

KOMISEN PUN

RENDAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: