Selasa, 2 Mei 2023

CARA MEMBACA MEDIA MALAYSIA



Mat Hasan nafi ahli Parlimen BN terlibat usaha guling kerajaan


BARISAN Nasional (BN) hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa terdapat ahli Parlimen dalam kalangan parti komponennya yang terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan.

Timbalan pengerusinya Mohamad Hasan berkata BN tidak akan memporak-perandakan kerajaan sedia ada kerana ia telah berjanji untuk membentuk kerajaan yang stabil serta diperlukan bagi menguruskan negara, dan  kerajaan ketika ini ditubuhkan atas dasar kerjasama pelbagai parti.

“Untuk menumbangkan kerajaan sekarang saya rasa agak sukar kerana Akta Anti Lompat Parti telah berkuat kuasa dan mana-mana ahli Parlimen yang mahu menyokong parti lain perlu meletakkan jawatan dan diadakan pilihan raya kecil.

“Kerajaan kini juga mempunyai majoriti yang agak besar sebanyak 148,” katanya dalam sidang media di Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Muhammad Faiz Na’aman yang mendakwa Perikatan Nasional telah mendapat sokongan 126 ahli Parlimen.

Mohamad, yang juga menteri pertahanan, turut menyuarakan komitmen penuh BN dalam memastikan kerajaan ketika ini berada dalam keadaan stabil dan kuat.

Beliau berkata negara telah ketinggalan hampir lima tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-14 kerana kerajaan yang dibentuk tidak mempunyai majoriti yang kuat.

“Sekarang kita telah mempunyai kerajaan yang mempunyai majoriti yang kuat dan kita perlu berusaha duduk bersama untuk menguruskan negara.

“Pada 14 Mei ini, kita akan ada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan untuk melihat sejauh mana dan bagaimana janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 dapat ditunaikan kepada rakyat,” katanya. – Bernama, 2 Mei 2023.

KAH KAH KAH

KAH AH KAH

WOIT

JANGAN LUPA

CARA MEMBACA

MEDIA MALAYSIA

KAH KAH KAH

KATA KUNCI

IALAH  NAFI

KAH KAH KAH

AMIN 

KHALAS

1 ulasan:

abuqassim berkata...

Agak² sapo yg bg duit nk buek kojo² nih? Tkkn free kot? Den raso la.. Lopeh ni ramai yg jadik jutawan tokojuit... Hihihi...😁🙏✌