Isnin, 8 Mei 2023

EKONOMI MAKIN MENAKAN ORANG RAMAI



Kenaikan OPR umpama tabur garam atas luka – Mohamed Farid

KUALA LUMPUR – Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus ke tahap tertinggi mencecah 3.0 peratus adalah langkah songsang dalam usaha memulihkan ekonomi negara.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu,  Mohamed Farid Zawawi berkata, tindakan itu bakal melatarkan trajektori pertumbuhan ekonomi negara tersekat dan pertengahan kerana akan mengurangkan kecairan dalam pasaran.

Kata beliau, kenaikan OPR pastinya akan meningkatkan kadar pinjaman di bank tempatan sekali gus menambah beban bayaran bulanan pinjaman perumahan dan sebagainya kepada rakyat.

“Bagi sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) pula, bayaran balik pinjaman bank juga akan meningkat dan boleh merencatkan aliran tunai perniagaan.

“Kita harus faham, kedudukan sebahagian besar perniagaan domestik sekarang tidak begitu kukuh atau teguh seperti sebelum pandemik Covid-19.

“Kita sebenarnya masih dalam fasa pemulihan dan apabila tekanan aliran tunai bertambah, saya bimbang banyak PMKS akan gulung tikar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamed Farid hairan kenapa BNM bertindak sedemikian seolah menjadi pak turut kepada Rizab Persekutuan Bank Amerika yang sehari awal menaikkan OPR.

Katanya, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli juga tidak berupaya memberikan penjelasan yang baik berkenaan kenaikan tersebut, selain berulang kali mengalih jawapan.

“Persoalan sekarang, siapakah sebenarnya yang memacu ekonomi negara, kerajaan atau BNM? Sepatut kerajaan dan BNM harus bersepakat dalam membuat keputusan besar sebegini.

“Jelas, kerajaan yang disebut-sebut sebagai Kerajaan Perpaduan sebenarnya adalah kerajaan retak.

“Ini kerana kenaikan OPR bukan sahaja akan mengurangkan kecairan di pasaran, kesan jangka sederhana pula boleh meruntuhkan pasaran hartanah negara kerana turunnya permintaan,” kata beliau.

Ini sebaliknya, kata Mohamed Farid akan meningkatkan permintaan kepada sewaan rumah, sekali gus bakal menaikkan kadar sewa bulanan dan kumpulan paling terkesan pastinya B40 yang rata-rata masih menyewa rumah.

Beliau yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kota Bharu, mempersoalkan keputusan kenaikan OPR, kerana tekanan inflasi sekarang berbeza daripada biasa iaitu kelebihan cairan di pasaran.

Menurut beliau lagi, tekanan inflasi sekarang disebabkan perang Ukraine dan Rusia yang merangsang kenaikan harga minyak dunia apabila sekatan dilakukan kepada sumber minyak dan gas daripada Rusia.

“Ianya tiada berkaitan langsung kepada tekanan peningkatan permintaan pasaran tempatan. Peningkatan OPR jelas tanpa rasional ekonomi yang jelas atau teliti.

“Kita menggesa kerajaan menurunkan OPR ke tahap lebih sesuai demi meningkatkan ekonomi negara. Kita perlukan enjin pertumbuhan ekonomi berjalan lancar dalam tempoh terdekat.

“Kalau ini tidak berlaku, kesannya nanti adalah resesi ekonomi negara yang bakal menyeksa rakyat untuk satu tempoh lebih lama. Sedangkan, rakyat sangat terkesan sekarang setelah permintaan pengeluaran KWSP tidak dipersetujui, tetapi janganlah pula kerajaan menabur garam di atas luka,” katanya. 


INFLASI HARGA

BARANG MAHAL

AMIN

INI DIKATAKAN

 KERANA

DUIT BANYAK

DALAM PASARAN

DAN BARANG KURANG

JUSTERU HARGA

MAHAL

AMIN

NAIKKAN BUNGA

BANK UNTUK TARIK

DUIT MASUK BANK

AMIN

INI TEORI YG

DIGUNA PAKAI

AMIN

APAKAH BETUL

DUIT BANYAK DALAM

PASARAN ?

AMIN

ATAU SEBENAR

NILAI RINGGIT

JATUH KERANA

POLITIK 

TAK STABIL

AMIN

BILA NILAI

RINGGIT JATUH

HARGA BARANG 

JADI MAHAL

KHALAS

Tiada ulasan: