Isnin, 8 Mei 2023

KAKI RASUAH BERNAMA MADANI


Rasuah RM5 juta: Bekas CEO institut automotif didakwa lagi

KUALA LUMPUR – Seorang bekas ketua pegawai eksekutif institut automotif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta suapan RM5 juta bagi membantu sebuah syarikat mendapatkan program latihan dan penempatan pekerja.

Datuk Mohamad Madani Sahari, 56, didakwa memintam suapan itu daripada seorang lelaki berumur 37 tahun untuk membantu individu berkenaan mendapatkan program berkenaan berjumlah RM24 juta daripada Syarikat A2Z Technology Sdn Bhd iaitu syarikat subsidiari kepada The Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii).

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat A2Z Technology Sdn Bhd di Solaris Dutamas di sini, antara 11 pagi hingga 3 petang, sekitar Mei 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How memohon mahkamah mengguna pakai jaminan RM300,000 yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum ini.

“Tertuduh sebelum ini telah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan akan didakwa lagi di mahkamah sama atas pertuduhan pengubahan wang haram pada 10 Mei dan di Mahkamah Sesyen Alor Setar pada 24 Mei.

“Pihak kami akan memohon untuk kes-kes berkenaan dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen di sini,” katanya.

Peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Mohamad Madani berkata pihaknya bersetuju untuk mengguna pakai jaminan tersebut.


    WOIT

SAP KATA MADANI

LAWAN FRASUAH

KAH KAH KAH

INI MADANI

KAKI RASUAH

KAH KAH KAH

MOHAMAD MADANI

KAH KAH KAH

MADANI 

MINTA DUIT

JUTA JUTA

TAK ABIS MAKAN

KE ANAK CUCU

AMIN

TAPI NAJIB ROSMAH

LAGI BANYAK

1OO KETURUNAN

TAKABIS MAKAN

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: