Ahad, 7 Mei 2023

KENAPA ABANG JO TIDAK BERSUARA ?


Fadillah jamin GPS pastikan kerajaan pimpinan Anwar stabil

GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) mahu terus memberi tumpuan kepada kestabilan kerajaan perpaduan demi membangunkan ekonomi dan rakyat Malaysia seperti yang dititah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Timbalan perdana menteri yang juga Ketua Whip GPS Fadillah Yusof berkata kerajaan perpaduan stabil dan kuat, serta ini dibuktikan menerusi sokongan 148 ahli Parlimen selain Belanjawan 2023 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat pada April lepas.

“Bagi GPS, itu (kestabilan kerajaan) fokus kita dan kita tak mahu berpolitik lagi, kerana sekarang ini (adalah) masanya untuk membangun dan memulihkan ekonomi negara demi rakyat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2023 anjuran Masjid Bintangor dan Haji Taha (MBHT) di Kuching malam ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini yang yakin Kerajaan Perpaduan akan kekal sehingga pilihan raya umum akan datang. – Bernama, 5 Mei 2023.

BERITA INI BAWA

 TIGA PERKARA

AMIN

PERTAMA BERITA

INI SAHKAN

KERAJAAN INI

TIDAK SETABIL

AMIN

 KEDUA

KUNCI STABIL

DITANGAN SARAWAK

AMIN

KETIGA INI

HANYA KENYATAAN

FADILLAH BUKAN

ABANG JO

AMIN

TAIKO BESAR

DI SARAWAK IALAH

ABANG JO

AMIN

GODFATHER IALAH

TAIB MAHMUD

AMIN

KENAPA TAIKO

DAN GODFATHER

TIDAK BERSUARA ?

KHALAS


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sama macam kes lid gereja ke... ?mat sabu tak cakap apa. dia pulak beria.. kan dah kena mintak maap.. kah kah kah