Ahad, 7 Mei 2023

NASEHAT DARI ZAHID BUKAN LAWAK BERDIRI



PRN: Elak sentuh isu bangkit kemarahan rakyat, kata Zahid

PENGERUSI Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan mana-mana calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang supaya mengelak daripada menyentuh perkara yang boleh membangkitkan kemarahan rakyat.

Beliau yang juga Presiden Umno itu berkata walaupun calon-calon PRN berkenaan berbeza pendapat dan pandangan politik namun mereka perlu bertindak secara rasional ketika berkempen.

“Begitu juga kerajaan perpaduan, Kerajaan Madani yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim (Perdana Menteri). Kita berasakan dengan suara dua per tiga majoriti yang ada di Dewan Rakyat, inilah pertama kalinya selepas Pilihan Raya Umum ke-11, sebuah kerajaan mempunyai dua per tiga majoriti.

“Kita hendaklah mendukung kerajaan ini. Tidak bersetuju tidak apa, kita raikan perbedaan pendapat tetapi bagi saya eloklah kita mencari titik pertemuan bukanlah mencari titik perbezaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Masjid Tuminah Hamidi di Bagan Datuk, malam ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berkata masyarakat tidak seharusnya berpolitik sepanjang masa sebaliknya ‘politiking’ hanya boleh dilakukan apabila tibanya pilihan raya supaya tumpuan boleh diberikan kepada usaha membangunkan negara.

“Selepas daripada itu, kita hendaklah membangunkan tempat kita, membangunkan negeri kita dan rakyat hendaklah bersatu padu supaya kita dapat bersama-sama bukan sahaja untuk memajukan kawasan kita, tetapi keluarga kita keseluruhannya,” katanya.

Beliau yang juga timbalan perdana menteri turut memohon kepada rakyat Perak supaya mengetepikan perbezaan dalam kalangan mereka meyatukan pemikiran dan tindakan serta jangan banyak berpolitik.

“Kami di Bagan Datuk amat menyokong kepimpinan Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak dan sokongan ini secara terbuka dan secara berbisik memang kami lakukan secara konsisten,” katanya. – Bernama, 6 Mei, 2023.

WOIT

INI NASEHAT

DARI ZAHID BUKAN

LAWAK BERDIRI

KAH KAH KAH

JANGAN KEMPEN

LAWAN RASUAH

AMIN

JANGAN KEMPEN

LAWAN PENCURI

AMIN

JANGAN TIMBULKAN

ISU HARGA BARANG

NANTI RAKYAT

MENGAMUK

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: