Sabtu, 6 Mei 2023

MIMPI NAK JADI MB



Azmin yakin Perikatan boleh menang 33 kerusi DUN Selangor


PERIKATAN Nasional boleh menang 33 kerusi DUN Selangor pada pilihan raya negeri akan datang, kata Pengerusi PN Selangor Mohamad Azmin Ali

Azmin berkata berdasarkan situasi semasa, beliau yakin PN akan dapat menang kerusi di Selangor.

“Kita perlu bekerja keras untuk dapatkan 30 atau lebih kerusi. Itu sasaran kita. Ia boleh dilakukan, ia boleh dicapai,” katanya pada rumah terbuka Hari Raya Gombak Setia, hari ini.

Pada 30 April lalu, Setiausaha PAS Sealngor Roslan Shahir Mohd Shair berkata PN mensasarkan 33 daripada 56 kerusi DUN Selangor.

Katanya, jika sasaran itu dipenuhi, PAS dan Bersatu boleh membentuk pakatan kerajaan baharu di negeri itu.

Azmin juga berkata yang parti komponen PN Selangor juga sudah bersetuju dengan pembahagian kerusi untuk ditandingi pada PRN

Katanya, mereka akan mendedahkan perkara itu bila tiba masanya.

“Kami sudah hampir memuktamadkan untuk semua negeri dan ia akan diserahkan kepada kepimpinan untuk diputuskan.”

Azmin berkata yang Bersatu, PAS dan Gerakan sudah membentuk jawatankuasa untuk membincangkan manifesto untuk Selangor.

“Ini yang kita mahukan di Selangor (untuk menang) dan memberi tumpuan kepada isu ekonomi, belia, alam sekitar, pekerjaan dan menjadikan negeri pusat perdagangan dan pelaburan.”

Roslan pula berkata trend pada pilihan raya umum lepas menunjukkan pengundi di kerusi ditandingi mereka jelas memihak kepada PN.

PN menang enam kerusi DUN di Selangor pada PRU lepas- Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang, Hulu Selangor, Kapar dan Kuala Langat.

“Kami jangka undi Melayu yang beralih pada PRU15 akan terus berlaku. Tetapi ada juga banyak faktor lain antaranya trend dalam kalangan orang muda (menyokong PN) serta peralihan undi Melayu yang memperkukuh jangkaan kami,” kata Roslan. – 6 Mei, 2023.

WOIT

ANGAN ANGAN

KEMUDIAN MIMPI

MASIH BELUM

DI WARTAKAN

SEBAGAI JENAYAH

AMIN 

ADA MIMPI 

NAK JADI  MB 

ADA MIMPI 

NAK JADI MAHADI

KHALAS

Tiada ulasan: