Khamis, 15 Jun 2023

APA DIA BANGSAR SOUTH



APA DIA 

BANGSAR SOUTH 


Minggu lalu saya telah menulis tentang perubahan nama Tanah Melayu menjadi Malaya kemudian menjadi Malaysia.  Semua ini berlaku ketika saya telah masuk sekolah pada  tahun 1957.  

Ini bermakna ketika  dalam sekolah rendah saya berupaya melihat apa yang sedang berlaku. Hingga ke sekolah menengah saya hanya melihat dan mendengar tapi tidak memahami tanda dan makna dari apa yang sedang saya lihat. 

Kesedaran  tentang ada apa pada nama ini muncul dalam fikrah saya lambat. Analisis tanda dan makna dari kesedaran ini juga datang melalui pembacaan dan pengalaman.

Saya melihat bagaimana negara-negara  di Afrika mengubah nama negara mereka dari menggunakan nama kolonial kepada nama asal tanah air mereka. Penukaran nama-nama  ini dibakar oleh semangat nasionalisma menentang penjajah. Amin.

Tapi apa yang berlaku di Tanah Melayu semuanya songsang. Tanpa rujukan, tanpa pungutan suara , tanpa mengambil pandangan dari orang ramai tertiba nama Tanah Melayu – nama asal bumi ini -  di ubah menjadi Malaya kemudian Malaysia.

Dalam bahasa Inggeris  Malayland diubah jadi Malaysia. Kenapa ini berlaku ?

Perkataan Tanah yang  wujud sebelum perkataan Melayu ini hilang begitu saja. Perkataan Melayu  pada Tanah telah di lupuskan. 

Untuk saya melupuskan nama Tanah Melayu dari nama negara ini adalah satu jenayah.  Pada hemat saya ini adalah salah satu  jenayah besar yang telah dilakukan oleh parti United Malays National Organisation terhadap Bani Melayu.

Saya masih ingat lagi pada tahun 1987 Intifada Pertama meledak di Palestin. Ketika ini saya  bekerja sebagai pembaca warta berita Bahagian Melayu  untuk stesen radio BBC di London.

Pada ketika itu saya amati  dengan halus lagi licik  BBC telah  memunculkan nama Judea dan Samaria dalam laporan berita mengenai Palestin.

Nama Judea dan Samaria ini dimunculkan untuk menggantikan  nama Tebing Barat.  Wilayah Tebing  Barat  Palestin ini telah ditakluki oleh Israel dalam peperangan tahun  1967. Wilayah Tebing Barat merujuk kepada  wilayah tebing Sungai Jordan. 

BBC sengaja mempopularkan nama Judea dan Samaria ini kepada seluruh dunia.  Ini bukan sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya.  Dasar   perubahan nama ini  sudah  terang lagi bersuluh. Amat jelas adanya niat jahat. BBC  bersekongkol dengan Zionis untuk memadamkan sejarah Tebing Barat Palestin.

Justeru ada  apa pada nama bukan satu  perkara yang kecik anak.  Ada niat dan ada agenda di belakang pertukaran nama ini. Amin.

Ketika nama Tanah Melayu diubah menjadi Malaya  kemudian Malaysia para pemikir dan intelektual Melayu tidak wujud.  Melayu yang  bersekolah dan berpelajaran   hanya berupaya untuk menjadi  pegawai kerajaan  - Malayan Civil Service (MCS). Pegawai MCS - adalah sosok-sosok yang dididik dan di taja oleh kolonial Inggeris.

Mereka menjadi budak suruhan Inggeris yang setia. Jika tidak setia mereka akan di buang kerja.

Jika mereka memiliki kesedaran  semangat kebangsaan  mereka  akan diburu, di tangkap dimasukkan ke dalam penjara.

Malah parti politik yang ditaja dan dipercayai  oleh kuasa kolonial Inggeris ialah  United Malays National Organisation.  Saya ulangi sekali lagi nama parti ini ialah United Malays National  Organisation. 

Nama Inggeris parti ini yang dipakai hingga ke hari ini adalah  bukti sahih tentang ke mana arah kiblat  parti ini. Parti ini penyebab utama dan bertanggung jawab memandulkan jati diri Bani Melayu.

Parti yang klim berjuang untuk  Melayu dan mengajukan dasar Ketuanan Melayu ini masih menggunakan nama Inggeris. Ini bukan lawak. Ini bahan bukti satu jenayah.

Justeru ada apa pada  nama bukan perkara yang kecik anak. Bukan perkara enteng.  Amin

Mari kita lihat satu babak sejarah penukaran nama. Dari nama  asli ke nama baru. Untuk ini mari kita buka sejarah apa yang hari ini kita kenali sebagai Taiping.

Ramai tidak sedar bahawa nama asal Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Manakala pauh ialah  buah dari keluarga mangga. 

Lombong bijih timah banyak di Klian Pauh. Ini menjemput banyak buruh dari China datang mencari bijih. Bani China ini datang untuk menjadi buruh lombong dibawa oleh Inggeris. Bani China ini  membawa kumpulan samseng bawah tanah – Ghee Hin dan Hai San ke Tanah Melayu.

Dua kumpulan samseng ini bergaduh. Perang Larut  pecah pada tahun 1861. Dua kumpulan ini terlibat. Ini mengganggu pengeluaran bijih. Bijih ini adalah bahan yang diperlukan oleh penjajah Inggeris. 

Penjajah Inggeris membuat Perjanjian Pangkor 1874 dan membawa ke penamatan  Perang  Larut. Ketika ini  Klian Pauh berubah nama menjadi Taiping. Perkataan  Taiping  bermakna aman. Nama Klian Pauh  menjadi Taiping untuk mengingati perjanjian damai Ghee Hin dan Hai San.
 
Perjanjian dan pertukaran nama Klian Pauh ke Taiping ini di bawah mata  Ngah Ibrahim anak Long Jaafar dan Kapten Speedy Penolong Residen J.W.W Birch.

Lihat bagaimana nama Klian Pauh  bertukar menjadi Taiping.  Ada persetujuan Ngah Ibrahim  wakil  anak  jati  setempat. Manakala ada Kapten Speedy menjadi wakil Residen Inggeris. Ada Chung Keng Quee diangkat menjadi Kapitan China.  

Tidak ada istiadat atau  persetujuan Bani Melayu – warga asal – ketika   kampung Haji Abdullah  Hukum dirembat  untuk dijadikan  Mid Valley. 

Babak  yang sama juga berlaku kepada Kampung Pantai Dalam. Bila wilayah kampung ini dirembat oleh pemaju. Nama Pantai Dalam  beralih menjadi  Bangsar South.

Batu nisan Kampung Pantai Dalam  dipasang dengan lucah di tepi Lebuh Raya Persekutuan.  Tembok batu Bangsar South adalah   tanda  terkuburnya Pantai Dalam.

Besar kemungkinan pemaju ini dari syarikat Bani China  yang  bebal sejarah tempatan. Tidak tahu siapa asal usul peneroka tanah itu. Tidak kenal siapa Abdullah Hukum dan tidak tahu kenapa namanya Pantai Dalam dan di mana Pantai Luar.

Saya terfikir - sebebal mana pun pemaju China ini pasti mereka tahu  ini adalah  wilayah Bani Melayu. Mustahil mereka tidak pernah mendengar nama Kampung Pantai Dalam.

Pada hemat saya pasti ada Bani Melayu yang membelot dan menjual jati diri bani mereka kepada pemaju.

Anggapan saya tidak jauh dari kebenaran jika saya katakan  pembelotan ini dilakukan oleh United Malays National Organisation yang bersekongkol dengan pemaju China untuk memadamkan sejarah Pantai Dalam.

Hakikatnya menukar nama mukim, daerah atau kariah  seperti  ini perbuatan jenayah. Ini tidak ada bezanya dari  apa yang telah dilakukan  oleh Zionis Israel bila menukar nama Tebing Barat menjadi Judea dan Samaria.

Ada niat jahat untuk menghilang pertalian bumi itu dengan penduduk asal bumi itu.

Saya mempertikaikan nama Bangsar South bukan kerana saya Melayu. Saya bersuara lantang bukan kerana semangat kemelayuan saya yang tebal. Tidak. Ini tidak betul.

Saya menentang  pengelupusan nama Pantai Dalam dan nama Abdullah Hukum.

Saya tidak  mempertikaikan nama Bangsar.  Saya anggap ini nama yang tepat. Saya tahu sejarah dan asal usul nama ini. Ini singkatan dari nama ladang getah Bunge-Grisar. Nama warga dari Belgium  yang meneroka hutan untuk dijadikan ladang getah pada  tahun 1906. 

Malah saya sendiri sempat melihat rumah  tinggal Tuan Manager  ladang getah  Bunge-Grisar ini pada tahu  1972. Ini  ketika saya menjadi warga Kolej Ke Lima Universiti Malaya. Letak Kolej ini di bawah bukit  ladang getah ini.

Jelas untuk  saya menamakan  Bangsar South atau Mid Valley  adalah satu percubaan secara sedar  untuk mengubah sejarah wilayah ini yang asalnya milik Bani Melayu.

Ini untuk saya satu jenayah. Sama seperti yang sedang dilakukan oleh Zionis Israel kepada bumi Arab Palestin. Melupuskan  persejarahan anak watan.

Malah saya bertanya dari mana datangnya  South.  Kenapa Bangsar menjadi South. Apa rujukan untuk jadi  South tidak di sebut Selatan dalam bahasa Melayu. Mungkin ini tabiat  monkey see monkey do – beruk melihat beruk membuat.

Di London ada South  Bank. Ini wilayah  penempatan seni  - teater , dewan pameran dan panggung wayang. Di Paris ada Left  Bank. Ini wilayah  seniman, intelektual dan para aktivis  berkampung.

Nama dua-dua wilayah di London dan Paris ini menggunakan rujukan  Sungai Thames untuk London dan Sungai Seine untuk Paris. Bangsar South rujukan  di mana? 

Tup tup – tertiba  muncul pula Gombak East? Pukrak mukrak  apa pulak ini ? Amin.

Justeru  hal nama ini bukan satu perkara yang  kecik anak. Di belakang satu -satu nama itu ada  sejarah. Sejarah ini membawa makna jati diri.

Saya tidak  menimbulkan syak wasangka kepada Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Tun Sanbanthan , Jalan Tan Cheng Lock atau Jalan Thambypillay. 

Untuk saya ini bukan hal nama Melayu, nama India atau nama China yang saya timbulkan.  Cheng Lock atau Sanbanthan ini adalah nama-nama sosok  yang berperanan  dalam  penyejarahan negara bangsa. Mereka ada sejarah.

Yang saya pertikaian ialah pengubahan nama yang akan  melupuskan sejarah dan jati diri anak watan.

Untuk saya semua ini adalah salah satu jenayah besar United Malays National Organisation. Parti yang klim  menjadi parti Ketuanan Melayu ini terlibat sama dalam pemadaman sejarah ini.

Dalam masa yang sama saya tidak seharusnya hanya menuding telunjuk pada si penjenayah. 

Saya juga  wajib bertanggung jawab mencari jalan penyelesaian. Ini dalam usaha untuk mendirikan negara bangsa yang  tahu sejarah dan sedar di mana bumi di pijak di situ langit di junjung.

Apa agaknya yang perlu dilakukan ? Tunggu minggu hadapan. Amin. (TT)

TULISAN INI
DITERBIKAN JUGA
DALAM PORTAL MALAYASIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2023/06/15/bangsar-south
TULISAN INI DISIARKAN JUGA DALAM PORTAL
THE MALAYSIANINSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/447993







4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Barua VS Barua...makin meletoppp panazzzs

Barua barua Melayu bertuankan Doli Yang Mahanat Molia DAP@LeeKwanYew sudah mola berantakan, berbunuhan menjelang PRN June 2023. Makin panazzzss, makin hottt, makin meletoppp..

Anwar dakwa anak beranak Mahathir dapat kontrak RM214.2 juta

Mahathir adalah perdana menteri ketika kontrak itu diberikan.

Anwar Ibrahim membangkitkan isu pemberian kontrak gentian optik RM214.2 juta yang diberikan kepada syarikat yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri dan menteri kewangan Dr Mahathir Mohamad dalam pembelaan terhadap saman fitnah terhadapnya.

https://mykmu.net/2023/06/15/anwar-dakwa-anak-beranak-mahathir-dapat-kontrak-rm214-2-juta/

Presiden PKR itu mendakwa anak sulung Mahathir, Mirzan menjadi pengarah Opcom Cables dari 1994 hingga 2021, anak kedua Mokhzani menjadi pengarah dari 2009 hingga 2019, anak ketiganya, Mukhriz menjadi pengarah dari 1994 hingga 2019, dan isteri Mukhriz, Norzieta Zakaria menjadi pengarah dari 1995 hingga 2021.

Mahathir menyaman Anwar berhubung dakwaan dia mengumpul kekayaan peribadi ketika menjadi perdana menteri.

PRN bulan June 2023 ini lah masa terbaik untuk orang Melayu hapuskan kesemua saki baki barua pemimpin Melayu yang bertuankan DAP@LeeKwanYew dari tampuk kuasa.

Mana mana barua Melayu' DAP@LeeKwanYew yg melingkup nanti boleh dihanyutkan ke Pulau Batu Putih yang barua baru saja diserahkan pada anak Lee Kwan Yew...

Lawan barua lawan, nang butinang kui butikui lawan barua lawan , barua lawan lah sampai mampuih..!!

#hapusbarualeekwanyeelingkupSingaura

panglimo potaseh berkata...

Yang meloloskan nama tompek, taman dan bandar adalah Majlis Tompatan .. mengawai nye somuo Molayu .. kulit kopalo kontol somuo eay kono koghek, botakok .. yg pompuan kolontit eay di iighih supayo tak terjulur sangat .. tu lah Molayu Islam.

Yang den paham untuk di bagi namo tompok, musti kono tarok namo unsur Molayu atau islang mungkin namo Cino atau Koling .. namo omputeh tak boley.

Persoalannyo boghapo Mengawai Kerajaan ni dapek untuk mombonarkan monarok namo kapir omputih nih. Contoh eay Bandar Ainsdale di Soghomban .. den cadangkan sogoro tangkap Kotuo Mejlis Tompatan yg terlibat moluluskang namo kapir omputeh ni.

Tanpa Nama berkata...

Mujurlah Batang Benar tidak ditukarnama kpd Real Dick

Tanpa Nama berkata...

bro..kdg2 gua pening dgn lu punya bolak balik..lu ungkit sejarah bangsar walhal lu adalah melayu yg bersekolah di MCKK dan tinggal di uk menjadi boy london.gua faham uk/london ni adalah mekah kedua umat melayu.oh ya, dimekah pun ada kiblat kaabah dan ada kiblat uk menara jam, pendek kata di mekah ada 2 kiblat atau kiblatain.lu juga ada bercerita mengenai kisah perjalanan lu dgn kawan cina..barangkali ada dna cina dulu2..melayu marah tak cina tanam dulian musang king yg ada harga berbanding dgn durian kampung yg tak berapa laku?sembang bro ..sembang..habuk pun tarak..