Isnin, 19 Jun 2023

BERITA BAIK - PASAR MALAM MAKIN RANCAK


Pasar malam makin pulih, lebih ramai pengunjung penuhi gerai

PASAR malam kembali rancak apabila peniaga di Kuala Lumpur melaporkan lebih ramai orang mengunjungi gerai mereka selepas pandemik Covid-19 menjejaskan perniagaan.

Presiden Pertubuhan Pengurusan Pasar Malam Kuala Lumpur (PMKL), Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berkata mereka mula beroperasi seperti biasa pada Mei tahun lalu.

“Kami masih dalam fasa memulihkan keadaan. Kerana kami adalah yang paling teruk terjejas disebabkan pandemik itu.

“Pasca pandemik, kami mula pulih dari segi volum perniagaan kami mencecah kira-kira 75% hingga 80%,” katanya kepada The Malaysian Insight.

PMKL ditubuhkan pada 2014, yang mana sebelum ini mereka mempunyai pasar malam di 99 lokasi dan selepas pandemik mereka kini berada di kira-kira 70 kawasan.

Gulam berkata semasa pandemik itu mereka terjejas teruk, hingga menyebabkan beberapa kawasan terpaksa ditutup.

“Tetapi kini kami menerima beberapa permohonan untuk pasaran baharu. Jadi, kami menyasarkan dalam masa dua hingga tiga tahun untuk kembali kepada keadaan asal.”

Gulam berkata, mereka mempunyai 14,000 ahli yang menjual pelbagai barangan dan makanan serta kira-kira 70 penganjur untuk menguruskan pasar malam.

“Peranan penganjur adalah untuk menguruskan operasi pasar malam. Mereka perlu memastikan peniaga mematuhi garis panduan. Terdapat kira-kira tujuh hingga lapan pasar malam beroperasi sehari.

“Ada yang akan menguruskan pasar malam di lebih daripada satu kawasan. Pasar malam beroperasi di kawasan berbeza dari Isnin hingga Ahad dari jam 4 petang hingga 10 malam.”

Gulam berkata objektif utama mereka adalah untuk membantu menguruskan operasi dan semua isu yang dihadapi oleh penjaja dan peniaga.

“Kami mahu memperkemas semua dasar kami. Semua pasar malam di Kuala Lumpur mesti mempunyai standard yang betul.

“Sebagai contoh sebelum ini, pasar malam mengenakan bayaran yang berbeza untuk menyewa lot. Jadi mereka mengutip RM2, RM8 dan RM10.

“Apabila kami mengambil alih, kini kami menyeragamkannya kepada RM5 setiap lot (2 meter kali 2 meter).
“Kami juga menyeragamkan warna kanopi kepada kuning.”

Penganjur pasar malam Taman Kok Doh di Kepong, Alan Ho Hon Loon berkata penganjuran mereka sudah wujud sejak 25 tahun lalu.

Katanya, perniagaan mula pulih apabila jualan mereka meningkat sejak kembali beroperasi pada Mei tahun lalu.

“Selepas pandemik perniagaan kembali meningkat. Ia lebih daripada 35% sekarang.

“Lebih ramai pengunjung datang ke sini kali ini.”

Katanya, terdapat kira-kira 400 gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan barangan. – 19 Jun, 2023.

WOIT

INI BERITA BAIK

MAT KOBID

DAH LARI

AMIN

PASAR MALAM

HARGA MURAH

DARI HARGA

PASAR RAYA

AMIN

PALING MURAH 

MASIH DI PASAR

CHOW KIT

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: