Hari Raya Aidiladha disambut 29 Jun
UMAT Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun ini, menurut penolong setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1444 Hijrah adalah pada 20 Jun 2023 Masihi.
“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi semua negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 29 Jun 2023 Masihi,” menurutnya dalam pengumuman yang disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini. – Bernama, 18 Jun, 2023.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan